Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Ebby Yus Luah Rasa Syukur, Keadaan Kesihatan Bertambah Baik - “Doktor Kata Paru-Paru Saya Tidak Perlu Ditebuk”

Alhamdulillah, moga bertambah baik buat Ebby Yus.
Muhammad Izwan Zainal
30 Dec 2021, 04:45 PM

Pelakon dan pelawak lagenda, Ebby Yus berkongsi berita gembira apabila kesihatannya bertambah baik dan paru-parunya dimaklumkan doktor tidak perlu ditebuk serta jalani pembedahan.

ebby yus luah rasa syukur, keadaan kesihatan bertambah baik - “doktor kata paru-paru saya tidak perlu ditebuk”

Malah, Ebby juga melalui ujian imbasan sinar-X dan hasil menunjukkan paru-parunya semakin pulih selepas lima hari mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Doktor pakar maklumkan pagi tadi, saya tidak perlu menjalani proses menebuk paru-paru bagi mengeluarkan air.

“Selepas lima hari mendapatkan rawatan, doktor kata paru-paru saya semakin pulih dan saya perlu jalani rawatan susulan selepas ini.

“Cuma saya belum pasti bila dibenarkan keluar hospital,” katanya.

ebby yus luah rasa syukur, keadaan kesihatan bertambah baik - “doktor kata paru-paru saya tidak perlu ditebuk”

Pelawak itu juga menafikan kerja-kerja bantuan banjir yang dijalankannya itu bukan salah satu puncanya dimasukkan ke hospital.

“Sebenarnya saya ke hospital kerana mengalami cirit-birit, tetapi bila jalani pemeriksaan, doktor lihat paru-paru saya ada air.

“Itu yang saya terus ditahan untuk rawatan lanjut,” ujanya.

ebby yus luah rasa syukur, keadaan kesihatan bertambah baik - “doktor kata paru-paru saya tidak perlu ditebuk”

Terdahulu, pelakon berusia 56 tahun itu terlibat dengan banjir yang melanda di sesetengah negeri di dalam negara sehingga rumahnya di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat musnah di hanyut banjir.

Lebih RM200,000 kos kerugian terpaksa ditanggung Ebby setelah rumah impiannya itu roboh akibat dibawa arus air banjir yang deras.

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}