Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Saya Mahu Lagu Ini Kekal Relevan”, Gandingan Serasi Alif Satar Bersama The Locos Dengan Buah Tangan Terbaharu ‘Anugerah Terindah’

Alif Satar mahu terus bekerjasama dengan The Locos di masa depan.
Muhammad Izwan Zainal
26 Jul 2021, 01:35 PM

Penyanyi versatil, Alif Satar baru sahaja melancarkan buah tangan baharunya bersama kumpulan The Locos dan mahu dikenali sebagai Alif Satar & The Locos.

“saya mahu lagu ini kekal relevan”, gandingan serasi alif satar bersama the locos dengan buah tangan terbaharu ‘anugerah terindah’

Muhammad Alif Mohd Satar atau mesra disapa Alif mahukan kelainan berbanding single sebelum ini dan mengakui teruja apabila membuat persembahan secara berkumpulan yang memainkan muzik secara live.

“Lebih lima tahun penubuhan The Locos dan kami pernah bekerjasama dalam beberapa projek, saya tak fikir sangat kerjaya solo. Tapi tidak tahu pada masa akan datang macam mana. Cuma, buat masa sekarang saya selesa bersama The Locos.

“Sebagai penyanyi, kita rasa lain apabila membuat persembahan menggunakan minus one dan live band, dan jujur saya akui sangat suka apabila diiringi dengan kumpulan atau band ketika saya buat persembahan,” katanya pada sidang media secara maya, Jumaat lalu.

Selain lagu Sesungguhnya bersama Raihan, Alif Satar & The Locos berani membuat pertaruhan terbaharu dengan single berjudul Anugerah Terindah di mana lagu ini sudah dihasilkan pada dua tahun lalu.

Tambahnya, Alif mahukan sesuatu yang memberikan impak kepada pendengar supaya lagu yang dihasilkan ini kekal relevan.

“Kalau sebelum ini, lagu raya banyak juga yang sokong kami Alif Satar and The Locos tapi kali ini Anugerah Terindah mahu membawa ia ke arah depan lagi, tak perlu terhenti begitu sahaja.

“saya mahu lagu ini kekal relevan”, gandingan serasi alif satar bersama the locos dengan buah tangan terbaharu ‘anugerah terindah’

“Malah, lagu ini bergenre pop, R&B dan mempunyai sedikit pengaruh muzik 90- an. Lagu ini dicipta oleh saya, Romeo, Tam Cobain dan Efry Arwais manakala lirik pula ditulis oleh saya bersama Shah Shamsiri dan Romeo,” katanya.

Sentuhan Ghaz Abu Bakar untuk video muzik Anugerah Terindah pasti memukau para peminat dengan konsep ‘Black & Gold’ yang boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Warner Music Malaysia.

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}