Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Isha Norsham Kena ‘Serang’ Netizen, Tiada Niat Merendahkan Bakat DOLLA “Jangan Percaya Benda Online, Tengok Video Penuh”

Dah kenapa pula ni?
Muhammad Izwan Zainal
12 Nov 2021, 01:26 PM

Pengacara dan penyampai radio ERA, Isha Norsham diserang warganet dengan kata-kata yang tidak munasabah apabila didakwa merendahkan bakat kumpulan DOLLA dalam program Gempak TV.

Video yang tular di laman TikTok itu memaparkan Isha yang sedang bertanyakan soalan kepada DOLLA mengenai nyanyian mereka.

isha norsham kena ‘serang’ netizen, tiada niat merendahkan bakat dolla “jangan percaya benda online, tengok video penuh”

Namun, pengacara Gempak TV itu mengatakan ia hanyalah sebahagian daripada segmen di program tersebut yang mengutarakan soalan-soalan daripada netizen sahaja.

“Saya terkejut tiba-tiba dapat banyak komen dari peminat Dolla mengenai video yang viral tu tapi tu video lama dan ia segmen dalam Gempak TV.

“Dan video viral itu pun hanya tayangkan video sikit sahaja, dan tidak paparkan video penuh segmen tersebut,” katanya di hantaran IG Story.

isha norsham kena ‘serang’ netizen, tiada niat merendahkan bakat dolla “jangan percaya benda online, tengok video penuh”

Dia yang juga penyampai radio ERA di Gempak Hit ERA juga kecewa dengan beberapa warganet yang mengecam dirinya tanpa usul periksa sehingga ada yang menuduhnya tidak menghormati Dolla.

“Video itu dilihat seperti saya yang salah, sebab nampak macam saya ni beri kata-kata tak sepatutnya kepada Dolla tapi sebenarnya tidak,” ujarnya.

Tidak dinafikan, Isha menghormati bakat-bakat selebriti tanah air dan tidak sesekali mengecam atau mengeluarkan tindakan yang tidak bertanggungjawab.

isha norsham kena ‘serang’ netizen, tiada niat merendahkan bakat dolla “jangan percaya benda online, tengok video penuh”

Malah, dia juga meminta maaf jika penyampaiannya ketika itu agak sensitif sehingga mengguris hati dan perasaan peminat kumpulan Dolla.

Tambahnya, pengguna media sosial yang memuat naik video viral tersebut telah memadam video itu dan membuat permohonan maaf kepada Isha.

Namun, Isha berharap agar warganet tidak sewenang-wenangnya menunding jari dan menyalahkan seseorang pihak itu jika tidak mengetahui perkara sebenar.

“Tolong jangan percaya benda-benda online macam ni, sebab tak semua benda boleh kita percaya, lagi pun video itu dah lama setahun yang lalu,” katanya ketika dihubungi ERA.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}