Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Peminat Adiwira Teruja Jason Momoa Dedah Kostum Baharu ‘Aquaman’, Penampilan Berbeza Lebih ‘Garang’

Jason Momoa berkongsi foto kostum baharunya untuk filem sekuel akan datang.
Muhammad Izwan Zainal
07 Sep 2021, 06:00 PM

Pelakon, Jason Momoa yang terkenal dengan watak adiwira ‘Aquaman’ mendedahkan kostum baharu yang akan digayakannya untuk filem sekuel ‘Aquaman and the Lost Kingdom’ yang baka menemui peminat.

peminat adiwira teruja jason momoa dedah kostum baharu ‘aquaman’, penampilan berbeza lebih ‘garang’

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Momoa dilihat memaparkan foto kostum terbaharunya penuh bergaya pada hujung minggu lalu.

“Pusingan kedua. Kostum baharu. Lebih banyak aksi,” katanya.

Malah, pemilihan warna kostum dan penggayaan rambut yang unik tampak lebih berbeza daripada filem sebelum ini.

peminat adiwira teruja jason momoa dedah kostum baharu ‘aquaman’, penampilan berbeza lebih ‘garang’

Sudah pasti, ramai peminat adiwira tidak sabar menunggu filem penuh mendebarkan ini yang dijangka akan lebih banyak kisah luar jangkaan.

Rata-rata warganet dan rakan-rakan artis turut meluahkan pelbagai reaksi terhadap perkongsian foto kostumnya yang dilihat berbeza daripada sebelumnya.

“Wahhh tak sabarnya! Baju pun nampak lebih menakjubkan,” komen salah seorang warganet.

“Kamu terlihat sangat mengagumkan uso,” tulis Dwayne Johnson.

“Kelihatan lebih aksi dan garang,” tulis Dave Bautista.

peminat adiwira teruja jason momoa dedah kostum baharu ‘aquaman’, penampilan berbeza lebih ‘garang’

Difahamkan, penggambaran ‘Aquaman 2’ atau ‘Aquaman and the Lost Kingdom’ dijangka bakal ditayangkan pada 16 Disember 2022.

Barisan pelakon hebat Hollywood seperti Amber Heard, Patrick Wilson, Dolph Lundgren, Yahya Abdul-Mateen II dan Temuera Morrison turut membintangi filem sekuel ini.

Sumber: Variety

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}