Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Gandingan Lima Penyanyi Popular Tanah Air Semarakkan Bulan Kebangsaan Dengan ‘Kita Teguh Bersama’

Lagu ‘Kita Teguh Bersama’ menyerlahkan semangat merdeka biarpun dalam norma baharu ketika ini.
Muhammad Izwan Zainal
24 Aug 2021, 02:00 PM

Rocketfuel Records melancarkan sebuah lagu sempena Sambutan Merdeka kali ini dengan barisan artis popularnya, Hael Husaini, Masya Masyitah, Lil J , Abigail dan tetamu istimewa Dayang Nurfaizah.

Lagu bertemakan norma baharu “From Home” ini berjudul Kita Teguh Bersama yang dicipta khas oleh saudara Amy Bong. 

Pasangan duet popular tempatan, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah meluahkan perasaan teruja dapat kembali bekerjasama dalam sebuah lagu. 

“Walaupun sering bekerjasama terdapat juga sedikit cabaran bagi menyiapkan projek ini seperti merakam vokal dan video dari rumah sendiri dan pastinya menghasilkan kualiti rakaman yang berbeza tetapi dengan pengalaman dan bantuan dari team Rocketfuel, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar” kata Hael Husaini. 

gandingan lima penyanyi popular tanah air semarakkan bulan kebangsaan dengan ‘kita teguh bersama’

Dayang Nurfaizah juga berterima kasih kepada pihak Rocketfuel Entertainment kerana menjemputnya untuk menjayakan projek Kita Teguh Bersama yang pastinya pengalaman yang berharga. 

Gadis dari utara, Masya Masyitah yang berkebolehan berturur bahasa Mandarin ini tampil semangat dan gembira dapat bekerjasama di dalam projek Kita Teguh Bersama.

“Saya rasa gembira sekali lagi dapat membarisi lagu Merdeka keluaran Rocketfuel pada tahun ini dan agak berbeza seperti yang sedia maklum, projek ini harus disiapkan dalam norma baharu, segalanya disiapkan di rumah sendiri tetapi itu bukanlah halangan untuk saya terus bersemangat dan memberikan yang terbaik,” katanya.

Bagi penyanyi kelahiran Subang Jaya, Lil J mengakui projek kali ini ada kelainan tersendiri kerana berpeluang untuk rap di dalam bahasa tamil berbanding rap dalam bahasa Melayu dan Inggeris sebelum ini.

“Saya mengambil masa hanya sehari untuk selesaikan bahagian saya dan terus merakamkan vokal kerana kami semua difahamkan mempunyai masa yang singkat untuk projek ini tapi bukanlah alasan untuk saya membuat lirik ala kadar, saya harus bagi kualiti yang terbaik dalam lirik saya menepati semangat merdeka,” ujarnya.

gandingan lima penyanyi popular tanah air semarakkan bulan kebangsaan dengan ‘kita teguh bersama’

Abigail juga tidak melepaskan peluang menonjolkan bakat nyanyiannya bagi projek kali ini bersama barisan artis tempatan yang lain.

“Saya bangga dapat menjayakan projek ini bersama dengan rakan-rakan yang lain, dan amat berterima kasih kepada pihak pengurusan saya Rocketfuel Entertainment kerana terus memberi kepercayaan walaupun saya masih baru dalam industri, terima kasih juga kepada rakan artis yang lain kerana tidak jemu memberi kata kata semangat dan tunjuk ajar kepada saya,” katanya.

Menurut Encik Feros Sayna, “Head Of Rocketfuel Entertainment”, beliau mahu menyerlahkan semangat sambutan kemerdekaan kali ini dengan penghasilan projek dan single ini.

“Kami himpunkan nama-nama besar industri muzik Malaysia dalam karya yang berjudul Kita Teguh Bersama ciptaan komposer Amy Bong bagi memeriahkan suasana dan menaikkan lagi semangat untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke 64. 

“Semoga lagu ini dapat menambat hati para pendengar serta menaikkan semangat semua rakyat Malaysia pada hari istimewa nanti bersama keluarga tersayang, dan terus tabah menghadapi dugaan yang melanda dunia,” katanya.

Lagu Kita Teguh Bersama boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa di seluruh platform penstriman atas talian dan Lirik Video pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network. 

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}