Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Mawar Rashid Sumbang Peralatan Perubatan, Tunai Nazar Selepas Seluruh Keluarga Sembuh Daripada COVID-19

Niat Mawar mahu membantu dua hospital di Lembah Klang dengan memberi sumbangan peralatan perubatan.
Muhammad Izwan Zainal
03 Aug 2021, 04:33 PM

Pelakon, Mawar Rashid yang kembali sembuh daripada COVID-19 menunaikan nazarnya dengan menyumbangkan beberapa peralatan perubatan kepada dua hospital di Lembah Klang.

mawar rashid sumbang peralatan perubatan, tunai nazar selepas seluruh keluarga sembuh daripada covid-19

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Mawar bersama suami dan pasukannya turun padang untuk menyumbangkan sendiri kepada Hospital Ampang dan Hospital Selayang.

“Alhamdulillah Mawar dah lepas niat bernazar ke atas Family Mawar & Mommy Mawar. 

“Mawar bernazar sekiranya kami semua sembuh dari Covid-19 dengan izin Allah SWT, Mawar berniat untuk sedekah keperluan di hospital untuk pesakit Covid-19 di hospital,” katanya.

mawar rashid sumbang peralatan perubatan, tunai nazar selepas seluruh keluarga sembuh daripada covid-19

Mawar juga membuat kutipan menerusi media sosial apabila sumbangan yang diberikan tidak mencukupi untuk kegunaan pihak hospital.

“Jumlah sumbangan yang Mawar sumbang tak cukup untuk keperluan hospital. Sebab itu Mawar terfikir untuk nak buat Live dan raise fund untuk hospital.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada rakan-rakan antaranya Eyra Hazali, Zoey Rahman, Nurin Afiqah, Sha Hassan, Aleeya Zailan dan Zarina Anjouli sebab sama-sama membantu ketika saya buat siaran langsung di media sosial,” ujarnya. 

mawar rashid sumbang peralatan perubatan, tunai nazar selepas seluruh keluarga sembuh daripada covid-19

Setakat ini, lebih RM74,000 ribu telah dikumpul ketika membuat siaran langsung di media sosialnya bersama rakan-rakan artis yang lain.

Pelakon ini akan membeli peralatan tambahana yang diperlukan pihak hospital dalam masa terdekat dan akan mengemukakan bukti-bukti pembelian kepada pengikutnya di Instagram.

Mawar berharap agar inisiatif yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pihak hospital yang sedang berdepan dengan situasi pandemik Covid-19 ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}