Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Mia Lateefa Mahu Tepis Lelaki Buaya Darat Menerusi ‘Anima’, “Saya Nak Perkasakan Wanita Ini Hebat”

Siapa lelaki buaya darat tu?
Muhammad Izwan Zainal
06 Dec 2021, 06:00 PM

Penyanyi, Mia Lateefa hadir dengan single terbaharu berjudul ‘Anima’ yang memaparkan sisi dewasa dan tampak berani berbanding single sebelum ini.

Malah, Mia yang mempunyai kacukan Melayu-New Zealand juga mengakui ‘Anima’ ini lebih menonjolkan keberanian seseorang wanita itu supaya tidak ditindas oleh lelaki yang ‘buaya darat’.

Tambhanya, lagu ini istimewa kerana ia dicipta oleh penyanyi rap wanita terkenal negara, Kayda Aziz, bersama rakan-rakan komposer Aiman Rijal, Christiana Chai dan Alwani Badaruddin.

“Dalam single Anima dan Anima Bella, saya cuba tonjolkan sisi yang lebih dewasa serta berani, dan lari dari imej keanak-anakan. 

“Kini, saya lebih gemar bereksperimentasi dengan muzik demi menghasilkan bunyi ‘signature’ Mia Lateefa,” katanya.

mia lateefa mahu tepis lelaki buaya darat menerusi ‘anima’, “saya nak perkasakan wanita ini hebat”

Menariknya, judul single miliknya ‘Anima’ bukan bermaksud ‘animasi’ tetapi bermaksud ‘jiwa’ dalam Bahasa Itali.

“Dalam lagu Anima serta Anima Bella ada sebahagian liriknya yang berbunyi ‘Sei la Mia anima gemella’ yang bermaksud ‘Mia, kamu adalah jiwa ku’ yang sering dituturkan oleh seorang ‘player’ yang cuba membuat mana-mana gadis setia bersamanya.

“Lagu ini tiada kena-mengena dengan kisah peribadi saya, tetapi bagi sesiapa yang pernah mengalaminya, suba selamai liriknya dan saya pasti pendengar mengerti apa yang disampaikan,” ujarnya lagi.

mia lateefa mahu tepis lelaki buaya darat menerusi ‘anima’, “saya nak perkasakan wanita ini hebat”

Minat mendalam terhadap bidang nyanyian dan tarian, Mia mempamerkan watak seorang wanita yang kuat dalam koreografi di dalam video muzik Anima dan Anima Bella.

“Istimewanya MV Anima, terdapat bahagian satu dan dua, tetapi bagi MV Anima Bella pula, hanya ada satu bahagian sahaja.

“Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang telah dikhianati dan ditipu oleh lelaki yang dicintainya. Daripada terus menyalahkan gadis-gadis yang turut mengalami nasib yang sama, lebih baik tonjolkan ‘fantasi’ apa yang mereka mahukan sebenarnya”, katanya.

mia lateefa mahu tepis lelaki buaya darat menerusi ‘anima’, “saya nak perkasakan wanita ini hebat”

Bagi memenuhi pendengar antarabangsa, Mia juga melancarkan lagu Anima Bella dalam bahasa Inggeris dengan video muzik yang berlainan.

Penyanyi berusia 19 tahun mengakui pelbagai persaingan di dalam industri seni ketika ini namun ia bukan penghalang baginya untuk terus berkarya menghasilkan dan mempersembahkan muzik-muzik yang berkualiti.

“Saya akui ramai kan penyanyi BBNU juga tapi saya tetap saya dan akan teruskan lebih lagi untuk berada di industri seni dengan serlahkan bakat saya kepada ramai,” katanya ketika ditemubual ERA.

Kini, single terbaharu Anima dan Anima Bella boleh didengarkan di semua platform penstriman muzik dan video muzik rasmi boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia dan di saluran Mia Lateefa Keyte.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}