Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Jangan Paksa Diri, Mira Filzah Kongsi Nasihat Pada Calon SPM

Mira meluangkan masa memberi galakan persediaan kepada calon-calon SPM
28 Sep 2020, 04:39 PM

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah baru-baru ini telah berkongsi nasihat dan juga semangat kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

jangan paksa diri, mira filzah kongsi nasihat pada calon spm

Menerusi video secara dalam talian sebuah pusat tuisyen yang melantiknya sebagai duta, Mira meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk memberi galakan persediaan kepada calon-calon SPM pada seminar berkenaan.

Menurut Mira, beliau mengingatkan pelajar agar jangan paksa diri dan berehat seketika ketika mengulangkaji pelajaran.

"Apapun, kalau rasa tertekan ketika belajar, saya ingatkan jangan paksa diri dan berehat seketika. Nak belajar dan buat ulang kaji ini kena tenang, kalau serabut tak ada guna juga.

"Nak serap ilmu perlu dalam keadaan selesa. Jadi, cuba buat perkara yang boleh hilangkan tekanan itu atau saat otak tepu. Bagi saya, ada bagusnya seimbangkan dengan perkara lain,” katanya.

Ditanya adakah menonton filem Korea sebagai cara yang baik untuk berehat, Mira menjawab adalah lebih baik untuk elakkan daripada cara ini kerana dikhuatiri akan berjangkit-jangkit kepada lebih banyak episod pula.

"Jika perlu cuba hanya lelapkan mata atau tidur seketika. Bagaimanapun, elak tidur waktu petang selepas Asar sebab, otak dan badan pasti jadi lagi penat," katanya.

jangan paksa diri, mira filzah kongsi nasihat pada calon spm

Mira menambah, elakkan juga daripada ketagih dengan dunia digital termasuk penggunaan telefon bimbit. Adalah lebih baik untuk menikmati udara luar dengan bersenam atau jogging bagi mengekalkan tubuh badan yang sihat.

Sumber: Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}