Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

‘‘Saya Terkejut Baca Andaian Yang Keluar,’’ Neelofa Tampil Jelaskan Isu Dirinya Bersama PU Rizz

Beliau menafikan terkena minyak pengasih dan beri wang kepada PU Rizz
27 Dec 2020, 08:26 PM

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai kisah antara pengacara dan selebriti terkenal, Neelofa bersama PU Rizz yang dikatakan sedang mengalami masalah.

Bagi menjelaskan apa yang berlaku, Neelofa tampil dalam video di Instagram, menjelaskan segala kekeliruan yang timbul, sambil mendakwa terkejut membaca segala tuduhan tidak berasas dari pelbagai pihak.

‘‘saya terkejut baca andaian yang keluar,’’ neelofa tampil jelaskan isu dirinya bersama pu rizz

“Saya mohon maaf ambil masa untuk suarakan apa yang sedang tular di sosial media semalam, yang berkaitan dengan diri saya, keluarga saya dan keluarga dia (PU Riz).

“Saya selalu ambil pendekatan berdiam diri, tetapi merasakan ini adalah adil kerana ia melibatkan bukan sahaja pada diri saya, tetapi kepada dua buah keluarga,” katanya.

Dakwa Neelofa, beliau terkejut membaca dan melihat segala tuduhan yang tidak berasas dan juga tidak wajar terhadap dirinya, mahupun terhadap PU Rizz.

Kata Neelofa, adalah satu perkara biasa dalam setiap perhubungan apabila ditimpa masalah.

Disamping itu, Neelofa meminta agar orang ramai untuk menghentikan segala tuduhan terhadap diri, keluarga dan pihak PU Rizz, sambil meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Jangan terus bercakap tentang ini kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya minta anda mendoakan yang terbaik.

“Berikan kami masa, doakan kami untuk mencari titik penyelesaian terbaik,” ujar Neelofa lagi.

Kemelut hubungan Neelofa bersama PU Rizz mula disebut pengguna media sosial sejak semalam, selepas adik-beradik Neelofa sendiri memuatnaik beberapa foto yang mengaitkan mereka.

‘‘saya terkejut baca andaian yang keluar,’’ neelofa tampil jelaskan isu dirinya bersama pu rizz

Sumber: Instagram Neelofa / Rotikaya

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}