Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Tekanan Darah Noki K-Clique Masih Rendah, Pihak Hospital Pantau Keadaan Semasa Akibat Diserang Demam Denggi

Penyanyi popular itu masih menjalani rawatan di sebuah hospital selepas diserang demam denggi.
15 Oct 2021, 01:30 PM

Penyanyi Hip-Hop popular, Noki K-Clique masih menjalani rawatan di sebuah hospital di Shah Alam selepas diserang demam denggi.

Memetik laporan Gempak, penyanyi itu mengalami tekanan darah dan kandungan plateletnya turun dengan mendadak akibat diserang demam denggi.

tekanan darah noki k-clique masih rendah, pihak hospital pantau keadaan semasa akibat diserang demam denggi

Menurut pengurus Farahrizan Razak, Noki kini sedang berada dalam pemantauan pihak hospital bagi memulihkan keadaannya.

Malah, pihak hospital juga mengambil langkah keselamatan untuk tidak membenarkan sebarang pelawat kerana khuatir dijangkiti COVID-19.

“Buat masa ini, doktor masih memantau keadaan Noki untuk mengembalikan bacaan normal pada platelet serta tekanan darah.

“Justeru, saya berharap agar peminat dan orang ramai dapat mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan kesihatan Noki kembali seperti sedia kala,” ujarnya kepada Gempak.

tekanan darah noki k-clique masih rendah, pihak hospital pantau keadaan semasa akibat diserang demam denggi

Tambahnya, Farah tidak mahu menyalahkan sesiapa atau menunding jari punca jangkitan demam denggi itu memandangkan Noki sibuk menjalani penggambaran di lokasi terbuka sejak beberapa minggu lalu.

Terdahulu, penyanyi berusia 27 tahun itu menyambung semula penggambaran sebuah drama selepas mengalami gejala demam sahaja dan disahkan keputusan negatif COVID-19.

Namun, pihak produksi meminta dia mendapatkan rawatan susulan di klinik berdekatan sejurus melihat keadaan Noki bertambah teruk apabila wajahnya bertukar pucat.

Hasil daripada pemeriksaan doktor, Noki disahkan menghidap demam denggi dengan keadaan platelet rendah dan tekanan darah juga rendah.

Sumber: Gempak
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}