Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Peminat ‘Tunggu’ Kumpulan VE, Akhirnya Kembali Dengan Buah Tangan Baharu

Muncul dengan lagu terbaharu, peminat teruja
Muhammad Izwan Zainal
15 Apr 2021, 10:00 AM

Voices of Euphonious (VE) bukanlah nama yang asing di dalam industri muzik tempatan. Biarpun VE umum bubarkan kumpulan pada tahun 2007, kumpulan vokal berharmoni ini tetap menjadi bualan sehingga kini.

VE versi 2021 ini kini dianggotai empat orang ahli iaitu ahli asal kumpulan ini iaitu Zaf dan Cham, beserta dua muka baharu, Adeep Nahar dan Luqman Hakim.

peminat ‘tunggu’ kumpulan ve, akhirnya kembali dengan buah tangan baharu

Lagu terbaharu yang dipertaruhkan ialah 'Tunggu'. Lagu 'mid tempo' yang sedap didengar ini juga diselitkan elemen 'oldschool' bagi mengikut citarasa semasa. 

Kini, lagu 'Tunggu' ini telah dikeluarkan di semua platform muzik bagi mengubat rindu para peminat VE. Lirik ditulis Mulah, Zaf dan Cham, manakala komposer oleh gabungan hebat Zaf, Mulah, DJ Uno dan AJ PopShuvit.

peminat ‘tunggu’ kumpulan ve, akhirnya kembali dengan buah tangan baharu
 

Hanya mengambil masa tidak lebih tiga minggu untuk disiapkan, sususan vokal juga dititikberatkan bagi kesesuaian dengan peredaran zaman dan harmoni suara itu.

Khabarnya, VE akan terus bergiat aktif dalam industri muzik tanah air. Kini, mereka sudah mulai merakam lagu terbaharu yang merupakan lagu kedua selepas ‘Tunggu’.

Muzik video rasmi telah dilancarkan di YouTube untuk tatapan peminat.

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}