Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Siti Nordiana, Bunga Bergabung Dalam ‘Amaran’, Cabar Diri Bawa Kelainan Dalam Seni Muzik

Awas, jejaka di luar sana! ‘Amaran’ buat anda!
Muhammad Izwan Zainal
07 Dec 2021, 03:58 PM

Penyanyi, Siti Nordiana dan penyanyi rap Bunga kembali menghangatkan industri seni tanah air apabila berkolaborasi menerusi single baharu ‘Amaran’.

Gabungan lama dan baru ini pasti merancakkan lagi lagu-lagu tempatan bagi menarik peminat muzik tanah air.

‘Amaran’ begitu unik kerana menerapkan elemen muzik EDM nusantara dan trap di dalam lagu ini.

“Memang baru bagi Nana, sebab elemen muzik macam ni boleh tarik lagi peminat muzik zaman sekarang kan,” kata Siti Nordiana ketika ditemubual ERA.

“Bunga pula elemen nusantara sudah pernah sebelum ini tapi untuk EDM dan trap tu pertama kali untuk rap tapi memang seronoklah,” ujar Bunga ketika ditanya ERA.

siti nordiana, bunga bergabung dalam ‘amaran’, cabar diri bawa kelainan dalam seni muzik

Lagu ‘Amaran’ mendapat suntikan daripada komposer Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat dan bunga juga salah seorang penulis lirik bagi lagu ini.

Malah, ia berkisahkan tentang nasihat orang yang lebih awal mengenali cinta dan ibarat nasihat daripada seorang ibu atau kakak kepada anak atau adiknya.

Tidak dinafikan, juara Gegar Vaganza ini juga mengakui lagu ini juga mahu memberi amaran bukan sahaja kepada lelaki ‘buaya darat’ di luar sana tapi pesanan juga buat yang baru bercinta.

“Lagu ini pun ada juga pesanan dan nasihat selain amaran yang nak diberikan lagi-lagi yang baru nak mengenali cinta begitu,” kata Siti Nordiana.

siti nordiana, bunga bergabung dalam ‘amaran’, cabar diri bawa kelainan dalam seni muzik

Pelantun lagu Intan Payung turut mengakui sangat seronok dapat bekerjasama dengan Siti Nordiana dan berharap lebih ramai peminat menerima lagu ini.

Kini, lagu ‘Amaran’ boleh didengari di semua platform penstriman muzik dan video muzik juga boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}