Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Zarol Zarif Mahu Lebih Dikenali Sebagai Penyanyi, Lagu ‘Kan Kan’ Jadi Pertaruhan Terbaru

Zarol Zarif popular di YouTube, mahu bangkit dalam bidang nyanyian!
Muhammad Izwan Zainal
29 Nov 2021, 05:00 PM

Penyanyi dan YouTuber popular, Zarol Zarif kembali  memeriahkan dunia seni nyanyian setelah muncul dengan lagu terbaru ‘Kan Kan’.

Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle atau mesra disapa Zarol bermula bertapak di industri sebagai penyanyi namun namanya dikenali ramai menerusi saluran YouTube Cikidot Channel bersama dua orang sepupunya, Ecah Daud dan Amri Aziz.

zarol zarif mahu lebih dikenali sebagai penyanyi, lagu ‘kan kan’ jadi pertaruhan terbaru

Berasal dari Johor, Zarol tetap semangat dalam menceburi bidang nyanyian walau pernah tersingkir di program realiti Akademi Fantasia pada 2016.

Penyanyi berusia 29 tahun ini teruja dengan kemunculan kembalinya sebagai penyanyi kerana menyanyi tetap menjadi keutamaannya sejak dahulu lagi.

“Harapan saya untuk single ini adalah supaya ia boleh diterima orang ramai, baik daripada mereka yang muda sehingga tua. Saya berharap sesiapa sahaja yang mendengarkan lagu “Kan Kan” berasa gembira. 

“Semoga lagu ini akan membuatkan orang ramai lebih mengenali saya sebagai penyanyi. Tidak dinafikan, sebelum ini ramai yang kenal saya sebagai YouTuber. Tapi tak ramai yang tahu saya sebenarnya memulakan tapak dalam industri ini sebagai seorang penyanyi. 

“Saya juga berbangga kerana kali ini saya dapat bekerjasama dengan sebuah pihak pengurusan dan rakaman artis yang begitu proaktif dan percaya pada kebolehan saya,” katanya.

zarol zarif mahu lebih dikenali sebagai penyanyi, lagu ‘kan kan’ jadi pertaruhan terbaru
 
Menurut Pengarah Urusan Ace Talents, Azuein Alonto selaku pihak pengurusan dan rakaman mempercayai bakat nyanyian yang ada pada Zarol yang boleh diangkat lebih tinggi.

“Pihak Ace Talents merasakan bahawa bakat nyanyian yang ada pada Zarol harus diteruskan. Sudah lama menyepi, kini Zarol menampilkan single bergenre pop dan berbeza dengan single terdahulu. 

“Selepas perbincangan, kami mengambil keputusan untuk menunaikan hasrat beliau dalam membawa satu kelainan sehingga terhasilnya ‘Kan Kan’,” ujarnya.

zarol zarif mahu lebih dikenali sebagai penyanyi, lagu ‘kan kan’ jadi pertaruhan terbaru
 
Lagu ‘Kan Kan’ ini berkonsepkan lebih santai dan ‘easy-listening’ bagi menarik perhatian peminat-peminat Zarol yang kebanyakan mereka aktif di TikTok.

Malah, Zarol juga mahu dikenali sebagai penyanyi dan berharap lagu ‘Kan Kan’ ini menjadi ‘benchmark’ untuknya dalam meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.

Kini, lagu ‘Kan Kan’ boleh didengarkan di semua pelantar digital muzik dan video muzik boleh ditonton di saluran YouTube Cikidot Channel.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}