Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Tahniah! Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Selamat Diijabkabul, Sah Bergelar Suami Isteri

Zizi Kirana & Yusuf Bahrin syukur majlis berjalan lancar dan penuh sederhana.
19 Sep 2021, 12:40 PM

Penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon, Yusuf Bahrin selamat diijabkabulkan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, jam 10.40 pagi, pada Ahad.

Majlis pernikahan dijalankan secara penuh sederhana dengan kehadiran tetamu dalam kalangan keluarga terdekat sahaja.

tahniah! zizi kirana & yusuf bahrin selamat diijabkabul, sah bergelar suami isteri

Pelakon, Yusuf Bahrin sah menjadi suami kepada penyanyi, Zizi Kirana dengan sekali lafaz dan mas kahwin RM300 tunai.

“Alhamdulillah, terima kasih banyak yang mendoakan, urusan kahwin dipermudahkan dapat nikah di masjid ini sebab sekarang SOP kena ikut giliran kan  dan tetamu pun terhad.

“Tak sangka mudah kahwin jalankan majlis nikah kali ini kecil-kecilan sahaja,” kata Zizi ketika sidang media bersamanya dan suami.

Malah, Yusuf pernah berkongsi ada bertanya kepada ibunya untuk berkahwin bersama Zizi dan bersetuju dengan hasratnya itu.

Perwatakan Zizi yang bersahaja, baik hati dan manja membuatkan Yusuf jatuh cinta dengan pasangannya.

Biarpun pelbagai cabaran yang dihadapi mereka sepanjang proses untuk bernikah, mereka tetap rasa syukur urusan mereka dipermudahkan.

tahniah! zizi kirana & yusuf bahrin selamat diijabkabul, sah bergelar suami isteri

Namun, mereka berdua tidak merancang untuk menimang cahaya mata buat masa terdekat dan mahu memberikan fokus kepada kerjaya masing-masing.

“Kami bergantung dengan rezeki lah, tak ada merancang nak ada anak atau apa tetapi kami percaya jika ada, Alhamdulillah kami terima,” kata Yusuf.

Pasangan merpati dua sejoli ini akan mengadakan majlis resepsi di kedua-dua belah pihak pada bulan Disember ini dan tarikh majlis akan diumumkan kelak.

Zizi dan Yusuf berterima kasih dan meluahkan rasa syukur kepada semua peminat yang mendoakan untuk mereka.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}