Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

4 Tips Nak Tangkap Gambar Alam Semulajadi/Landskap Yang Memukau!

Jom join Peraduan Fotografi “Masa Depan Malaysia 2121” OPPO!
02 Jun 2021, 08:00 AM

4 tips nak tangkap gambar alam semulajadi/landskap yang memukau!

Kredit: OPPO Malaysia

"Seumur hidup saya, saya teringin nak selamatkan spesies yang terancam. Rupa mereka yang indah dan mampu menyalakan imaginasi kita, dengan setiap warna yang menakjubkan, sememangnya mengagumkan.

Saya percaya gambar-gambar yang memukau serta kisah unik di sebaliknya amat berkuasa dalam misi menyelamatkan spesies dan habitat yang mereka perlukan untuk terus hidup. Oleh itu, saya berharap gambar-gambar ini "bekerja" pada hari ini dan ratusan tahun dari sekarang, demi memberi inspirasi kepada semua orang untuk mengambil peduli dengan planet ini.

4 tips nak tangkap gambar alam semulajadi/landskap yang memukau!

Kredit: OPPO Malaysia

Oleh kerana kita semua memerlukan udara segar, air yang bersih, dan bumi yang sihat untuk kelangsungan hidup, bila kita selamatkan spesies lain, kita sebenarnya juga menyelamatkan diri sendiri. Dan bila kita lakukannya, semoga kita dapat belajar bertindak ke atas satu sama lain dengan lebih pemahaman dan empati.

Saya buat segalanya yang mampu untuk memberi kesedaran tentang keindahan dan keajaiban di bumi ini. Korang pulak macam mana?“ kata Joel Sartore, jurugambar terkemuka National Geographic.

4 tips nak tangkap gambar alam semulajadi/landskap yang memukau!

Kredit: OPPO Malaysia

Terdapat jutaan kenangan berharga yang mesti kita nak tangkap sepanjang hayat terutama semasa wabak yang sedang melanda dunia sekarang ni, di mana kita merasa terputus hubungan dengan orang tersayang dan dunia luar.

Alam semulajadi semakin pudar, dan gambar serta teknologi hebat mampu menangkap intinya terutama sekali warnanya. Oleh itu, OPPO nak ajak korang untuk menangkap sesuatu yang korang nak jadikan sebagai sebuah memori terindah bagi tahun 2121 nanti. Bak kata pepatah omputeh, a picture is worth a thousand words.”

Tapi, macam mana nak tangkap gambar alam semulajadi yang memukau dan menjaga keindahannya? Ikuti empat tips mudah dan profesional ni:

#1 Menangkap perincian/close up (Mikroskop)

4 tips nak tangkap gambar alam semulajadi/landskap yang memukau!

Kredit: OPPO Malaysia

Close-up bunga, daun, serangga dan objek semulajadi yang lain, adalah cara yang baik untuk menunjukkan perincian alam yang luar biasa. Microlens yang terdapat pada FindX3 Pro dapat memperbesarkan gambar objek hingga 60 kali bagi menangkap butiran yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar. ‘Jelajahi’ dunia mikro baru yang belum pernah korang tengok sebelum ni!

#2 Pendedahan sempurna (Video AI Highlight)

4 tips nak tangkap gambar alam semulajadi/landskap yang memukau!

Kredit: OPPO Malaysia

Gambar yang bagus juga memerlukan jumlah pendedahan yang tepat. Walaupun korang mampu elak overexposure, sesetengah situasi memerlukan teknologi yang canggih bagi exposure yang sempurna.

Kalau korang guna lensa kamera fon pintar biasa untuk mengambil gambar, tap skrin untuk mengunci fokus, kemudian swipe ke atas atau bawah untuk melaraskan exposure.

Pastikan takde kawasan terang yang terlalu terbuka dalam gambar, terutama bila ambil gambar langit. Dengan exposure yang tak bagus, ia akan memburukkan gambar korang dan susah untuk korang nak edit lepas tu.

4 tips nak tangkap gambar alam semulajadi/landskap yang memukau!

Kredit: OPPO Malaysia

Kalau korang memang pro dalam pelarasan exposure, dua ciri AI Highlight Video pada OPPO FindX3 Pro ni confirm memudahkan proses kreatif korang:

  • Peralihan automatik antara Ultra-Night Video dan Live HDR
  • Penyesuaian keadaan cahaya semulajadi

Dengan ini bolehlah korang tangkap video tanpa perlu risau akan exposure yang berlebihan, lampu latar, dan keadaan cahaya yang rendah.

#3 Gunakan langit sebagai latar belakang (Sudut ultra-wide)

4 tips nak tangkap gambar alam semulajadi/landskap yang memukau!

Kredit: OPPO Malaysia

Macam mana nak jadikan subjek utama korang menonjol bila tangkap gambar objek kecil yang dekat dengan tanah, tapi latar belakangnya nampak berantakan dan gelap? Apa kata korang try baring kat tanah atau ambil gambar dari sudut yang sangat rendah pulak? Ni penting agar keindahan langit dan subjek boleh ditangkap dengan sudut ultra-wide.

4 tips nak tangkap gambar alam semulajadi/landskap yang memukau!

Kredit: OPPO Malaysia

Dengan kamera sudut ultra-wide 50 MP FindX3 Pro, lensa permukaannya yang berbentuk bebas menaikkan lagi seri hasil tangkapan, selain membolehkan lebih banyak fleksibiliti sementara arah cahaya dapat dikendalikan dengan cara yang lebih tepat; menghasilkan gambar ultra-wide yang terpower sekali, tanpa sebarang distortion pada gambar dengan warna yang luar biasa serta konsistensi suhu yang betul.

#4 Edit dengan teliti dan terperinci (AI Palette)

4 tips nak tangkap gambar alam semulajadi/landskap yang memukau!

Kredit: OPPO Malaysia

Korang dah pun selesai bergambar, dan sekarang pulak waktunya untuk korang edit gambar yang mampu berbicara sendiri. Ni memerlukan kemahiran agar gambar tak terlihat overexposed atau terlebih proses. Nak bagi feel yang menarik pada gambar pun perlukanpenyesuaian yang betul yang akan menyerlahkan lagi gambar.

Dengan ciri AI Palette yang terdapat pada FindX3 Pro, gambar korang akan berubah menjadi penapis foto yang hebat, menyerlahkan lagi tangkapan tanpa perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga yang lain untuk mengedit gambar.

4 tips nak tangkap gambar alam semulajadi/landskap yang memukau!

Kredit: OPPO Malaysia

AI Palette ni boleh mencipta penapis warna yang unik dan memberi kualiti yang lain dari yang lain, membuat gambar yang diedit terlihat profesional hanya dengan beberapa sentuhan.

Kehebatan OPPO FindX3 Pro yang tiada tandingan

4 tips nak tangkap gambar alam semulajadi/landskap yang memukau!

Kredit: OPPO Malaysia

Macam mana, canggih kan fon OPPO FindX3 Pro ni? Kalau korang berminat, ia dilengkapi dengan beberapa ciri canggih seperti:

  • Pengecasan Tanpa Wayar 30W AirVOOC bersama dengan pengecasan kilat berwayar 65V SuperVOOC 2.0.
     
  • Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 888 Qualcomms yang terunggul, di mana FindX3 Pro mampu menangani mobile games yang memakan banyak tenaga.
     
  • Ruang wap ultra tipis 0.35mm yang melintasi kawasan motherboard dan bateri, memastikan penjimatan tenaga dengan menggalakkan pelesapan haba.
     
  • Sistem AI yang membantu dalam mengambil gambar dan video yang menakjubkan.
     
  • ColorOS 11.2 di mana terdapatnya OPPO Relax 2.0, suatu ciri yang membolehkan korang memasukkan dan mencampurkan lagu-lagu yang menenangkan yang korang pilih sendiri menggunakan set bunyi yang telah pra-muat.
     
  • Dari segi keselamatan, Color OS11.2 turut menyokong suatu ciri yang dipanggil System Cloner, yang membahagikan fon korang kepada dua profil yang berasingan. Setiap profil memerlukan kata laluan yang berbeza, memastikan privasi data maksimum. Dalam kata lain, kalau ada orang nak guna fon korang, dia boleh guna profil yang lain daripada yang korang punya!

Korang boleh dapatkan fon OPPO FindX3 Pro ni di Lazada atau Shopee!

Korang kaki fotografi? Jom join Peraduan Fotografi “Masa Depan Malaysia 2121” OPPO!

4 tips nak tangkap gambar alam semulajadi/landskap yang memukau!

Kredit: OPPO Malaysia

Dalam peraduan ni, terdapat tiga tema yang boleh korang sertai, iaitu Nature #DearFutureNature, City/Landscape #DearFutureLandscape, dan Humanity (Portrait, Culture) #DearFutureHumanity. Ni cara nak join:

Langkah 1
Rakam gambar berdasarkan tema yang korang minat. Korang boleh sertai lebih daripada satu kategori tau. So, sertailah lebih banyak kategori untuk tingkatkan peluang korang nak menang!

Langkah 2
Ambil foto asal yang paling sesuai dengan kategori yang dipilih.

Langkah 3

Muat naik gambar di Instagram dan gunakan hashtag #DearFuture2121, #MalaysiaFuture2121, #eraxoppo2021 dan salah satu daripada hashtag kategori yang dipilih (contohnya #DearFutureNature).

Langkah 4

Kalau korang merupakan pengguna OPPO, pastikan korang tambah hashtag #shotonOPPO dan pastikan korang guna watermark OPPO (kalau ada) yang terdapat dalam setting kamera fon OPPO korang.

Langkah 5

Pastikan akaun Instagram korang ditetapkan kepada mod ‘PUBLIC’.

Pemilihan pemenang dan hadiah ohsem yang menanti!

4 tips nak tangkap gambar alam semulajadi/landskap yang memukau!

Kredit: OPPO Malaysia

Rugi tau kalau korang tak join, sebab terdapat banyak hadiah daripada OPPO dan wang tunai yang menanti, termasuklah:

  • Tempat Pertama: OPPO Find X3 Pro
  • Hadiah Kedua: OPPO Reno5 F
  • Hadiah Ketiga: OPPO Band
  • Pemenang Mingguan: OPPO Enco Buds (1 pemenang untuk setiap kategori)

Pemenang tempat pertama dari laman rakan kongsi yang mengambil bahagian secara automatik akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama dalam bentuk wang tunai:

  • Hadiah Utama: RM5,000
  • Hadiah ke-2: RM3,000
  • Hadiah ke-3: RM1,500
  • Hadiah ke-4: RM850
  • Hadiah ke-5: RM500

Untuk terma dan syarat peraduan, korang boleh layari laman web rasmi OPPO Malaysia untuk info lanjut. Ready, set, jom tangkap gambar! Good luck!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}