Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Kalau Korang Nak Buka Bisnes Sendiri, Jangan Buat 5 Kesilapan Pemasaran Digital Ni

Jangan sampai kehilangan bakal pelanggan.
Editor
19 Jul 2019, 05:19 PM

5 kesilapan pemasaran digital yang paling orang menyampah

Kredit: Freepik

Dengar sini para usahawan atau bakal usahawan sekalian: kalau korang nak marketkan bisnes korang, pastikan korang gunakan cara yang betul dan berkesan tanpa buat orang menyampah. Kan rugi kalau korang kehilangan bakal pelanggan hanya disebabkan oleh pemasaran yang salah?

Jadi elakkan daripada melakukan lima kesilapan pemasaran digital ni:

#1 Iklan yang salah target

Korang nak jual produk bayi tapi tersalah market kepada orang yang belum berkeluarga dan beranak. Memang tak akan dapat pelanggan kalau selalu buat iklan yang salah target! Jangan pukul rata dan berfikir bahawa semua orang akan tertarik dengan produk atau servis korang, tak kiralah gempak macam mana pun iklan korang tu.

#2 Iklan buruk yang menyakitkan mata

Pastikan iklan korang tak buruk dan menyakitkan mata sampai ia mengalihkan perhatian orang daripada produk atau servis korang. Jangan terlalu kedekut, laburkanlah sedikit wang untuk hire orang profesional.

#3 Iklan yang mengarut atau merapu

Elakkan iklan yang terlalu panjang lebar sampai merapu-rapu serta memaparkan maklumat yang kurang tepat atau salah, terutamanya dari segi saintifik dan kesihatan. Bukan je korang bakal kehilangan pelanggan, tapi ia juga boleh mengundang tindakan undang-undang dari pihak berkuasa.

#4 Iklan poyo bajet bagus

Iklan nampak cool gila, tapi takde isi pun, dan takde kena-mengena langsung dengan produk atau servis yang nak dipasarkan.

#5 Iklan yang negatif dan merendahkan

Iklan yang tak menjaga sensitiviti masyarakat sepatutnya diharamkan sama sekali, tapi entah kenapa ia begitu berleluasa. Kalau korang perasan, selalunya ada banyak iklan negatif dan merendahkan.

Sebagai seorang usahawan, penting bagi korang dalam mendapatkan pulangan bagi pelaburan yang dibuat. Rajin-rajin buat research, dan pastikan korang memahami golongan sasaran korang dan hire orang yang bagus dan berpengalaman dalam bidangnya.

Kalau rasa confuse dan susah, korang boleh dapatkan pertolongan daripada profesional dalam membina bisnes korang.

Nak produk atau servis korang disampaikan kepada 64.1 juta pengguna media sosial merentasi 42 penerbitan digital?

Bukan senang nak pasarkan produk atau servis kalau korang baru mulakan bisnes, apa lagi nak reach out kepada jutaan orang di Malaysia.

Korang boleh sampaikan produk atau servis korang kepada 64.1 juta pengguna media sosial merentasi 42 penerbitan digital dengan Blaze Digital, sebuah agensi digital Astro dengan pelbagai jenama media terpopular di Malaysia!

Blaze Digital boleh bantu korang dalam memasarkan kepada golongan sasaran di platform yang bersesuaian melalui pemasaran kandungan, pemasaran media sosial, pengiklanan dalam kereta, dan banyak lagi.

Untuk info lanjut, check out Blaze Digital atau emel mereka di info@blaze.com.my.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}