Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

6 Makanan Ini Penyebab Gigi Kuning & Cara Untuk Atasinya!

Kalau tak makan atau minum rugi, sebahagiannya tinggi antioksida dan banyak khasiat!
04 Oct 2021, 09:25 AM

wanita risau kek sebabkan gigi kuning

Kredit: lookstudio/freepik

Bila tengok gigi kuning, mesti ada yang akan kata kita kurang menjaga kebersihan gigi. Bagaimana pula jika kami katakan, selain menjaga gigi dan kebersihan mulut, ada punca lain yang menyebabkan gigi kuning?

Iya, kandungan dalam makanan seperti kromogen, tannin dan asid makanan bukan sahaja membuatkan gigi kamu kuning, tetapi pada masa sama boleh menghakis enamel gigi.

Kromogen merupakan sebatian yang menghasilkan warna apabila teroksida. Antara makanan yang mengandungi kromogen termasuklah beri dan makanan yang mengandungi pewarna makanan. Tannin pula makanan yang melekat lebih lama dan jelas pada gigi seperti teh, buah anggur dan buah delima. Manakala makanan berasid seperti kopi dan soda pula pula menghakis serta melembutkan enamel dan membuatkan gigi menjadi kuning.

Ada banyak makanan dan minuman yang boleh membuatkan gigi kamu kekuningan, ini antaranya...

#1 Kopi

Antara minuman popular untuk memulakan hari. Secawan kopi boleh membuatkan badan tak bermaya menjadi bertenaga buat si peminumnya. Selain tannin, kopi mempunyai pH yang rendah iaitu ianya bersifat asid yang berupaya menghakis enamel dan memperlihatkan lapisan dentin yang lebih kekuningan.

#2 Teh

Sama seperti kopi, teh juga mengandungi tannin terutamanya teh yang berwarna lebih gelap. Pigmen warna ini boleh menghakis lapisan pelindung luar gigi iaitu enamel dan membuatkan gigi kamu bertukar menjadi kekuningan. Kamu boleh kurangkan kesan ini dengan menambah susu dalam setiap hidangan teh.

#3 Makanan Berasas Kunyit

Ayam goreng kunyit, kari dan masak lemak, antara hidangan yang menggunakan kunyit. Penggunaan kunyit bukan sahaja mencantikkan hidangan tetapi menaikkan rasa. Selain bertindak sebagai pewarna, kunyit juga bersifat asid yang boleh melekat serta menghakis enamel. Kamu yang ingin gigi putih dan cantik tu, kenalah segera menberus gigi selepas menikmati hidangan-hidangan ini.

#4 Beri & Jus Buah-buahan

Buah beri dan delima antara yang mengandungi pigmen gelap yang boleh membuatkan gigi kamu menjadi kuning.  Partikel ini boleh menyerap ke dalam enamel dan kekal berada di situ.

Selain buah berwarna gelap, buah yang berwarna yang terang seperti anggur dan kranberi turut mengandungi asid yang boleh melembut atau melemahkan enamel gigi kamu tidak kiralah ianya diambil dalam bentuk jus atau dimakan begitu sahaja.

#5 Kicap

Orang Asia terutamanya dengan kicap memang tidak dapat dipisahkan. Hidangan tanpa kicap dirasakan tidak sempurna. Untuk penggemar kicap, sebaiknya usah letak terlalu banyak kicap pada masakan dan makanan kerana ia boleh menyebabkan gigi kamu lebih mudah menguning.

#6 Kek & Aiskrim

Kek dan aiskrim bukan sahaja dinikmati ketika sambutan hari-hari bahagia tetapi boleh dikatakan pemanis mulut ini boleh dinikmati setiap hari. Kek dan aiskrim itu sendiri mengandungi gula, ditambah dengan pewarna yang digunakan sebagai hiasan. Pewarna ini bukan sahaja mengubah warna lidah tetapi memberi kesan pada gigi.

Tapi sampai bila perlu elak makanan-makanan ini?

Ha, kamu tak perlu pun elak makanan-makanan ini. Sesetengahnya seperti buah-buahan adalah berkhasiat dan baik untuk tubuh. Cuma, kamu kenalah lakukan rutin memberus dan mencuci gigi dengan betul. Selain itu, pastikan kamu pilih ubat gigi yang betul seperti Fresh & White Volcanic Whitening baharu yang diformulasikan dengan mineral volkanik Jepun.

fresh & white volcanic whitening

Kredit: Fresh & White

Ubat gigi berflourida Fresh & White Volcanic Whitening bukan sahaja mempunyai teknologi perisai anti-gula tetapi ia juga boleh memutihkan gigi dalam 2 minggu* sahaja secara efektif!

Bukan itu sahaja, Fresh & White Volcanic Whitening juga boleh menanggalkan kesan kotoran dari permukaan gigi dan membentuk perisai perlindungan untuk membantu mencegah pengumpulan kesan kotoran dan turut memberikan perlindungan terhadap kaviti. Perisa pudinanya juga memberi nafas segar yang berpanjangan. Bila gigi putih, kuat dan nafas segar, sudah tentu keyakinan kamu pun bertambah tinggi. 

Jom dapatkannya sekarang di Shopee atau di farmasi dan pasaraya yang terdekat! Harganya berpatutan dan memang berbaloi! Dengan ubat gigi Fresh & White Volcanic Whitening, senyuman barulah bersinar-sinar, biar benar! Layari di sini untuk info lanjut!

*Berbanding ubat gigi flourida biasa

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}