Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

6 Fakta Paling Sedih Tentang Batman Yang Semua Peminat Batman Kena Tau

Jangan lupa sambut Hari Batman Sedunia kalau korang kipas-susah-mati Batman!
Dayana Sobri
18 Sep 2021, 08:00 AM

6 fakta paling sedih tentang batman yang semua peminat batman kena tau

Kredit: DC Comics, Edit: ERA

Siapa kipas-susah-mati Batman kat sini, angkat tangan! Haa, kalau korang minat gila dengan adiwira Batman ni, mungkin korang tau yang sekarang ni adalah Hari Batman Sedunia tau! Kalau korang peminat setia Batman, korang kena tau kisah-kisah sedih Batman juga! Ni antara contoh cerita Batman yang sedih dan menyayat hati (prepare tisu siap-siap):

#1 Mak ayah Batman mati dibunuh di depan mata 

Kalau korang perasan, Batman ialah seorang yang tak mampu nak jalinkan hubungan yang normal dengan orang lain ditambah dengan tumbesaran emosi yang terbantut. Sebab tu Batman tak boleh nak jalankan hidup normal macam berkahwin dan berkerjaya. Ni semua berpunca daripada saat Batman menyaksikan sendiri mak ayahnya dibunuh masa dia baru je berumur lapan tahun.

#2 Kematian Alfred Pennyworth, seorang father figure kepada Batman 

Alfred merupakan seorang valet kepada Batman sejak kecil lagi. Dan semenjak kematian mak ayah Batman, Alfred ialah seorang father figure kepada adiwira ni. Dari kecil sampai besar, Alfred selalu ada di sisi Batman yang dia anggap seperti anak kandung sendiri. Kematian Alfred merupakan salah satu kehilangan terbesar dalam hidup Batman.

#3 Barbara Gordon (Batgirl) dilumpuhkan oleh Joker 

Joker ialah salah satu musuh Batman yang paling dikenali, dan salah satu cara dia nak sakiti Batman ialah dengan menyerang kawan-kawan dan sekutu Batman. Bila Joker lumpuhkan Barbara Gordon, rakan sekutu Batman ni tak mampu lagi berlawan sebagai Batgirl di samping Batman sebab dia kini berkerusi roda.

#4 Seorang budak perempuan mati tenggelam disebabkan kelemahan Batman 

Apabila seorang budak perempuan mati tenggelam disebabkan oleh Batman yang tak mampu nak angkat batu besar yang berat, adiwira ni mula mencucuk Venom untuk tingkatkan kekuatannya. Akibatnya, Batman jadi ketagih teruk dengan Venom.

#5 Rakan sekutu Batman kini merupakan salah satu musuhnya 

Harvey Dent merupakan Penolong Peguam Daerah Gotham City, dan rakan sekutu kepada Batman ni sering membantu adiwira ni dalam memerangi pelbagai jenayah yang ada di Gotham. Malangnya dalam suatu operasi untuk menyelamatkan tebusan, Batman secara tak sengaja telah menyebabkan Harvey berubah menjadi jahat selepas wajahnya separuh cacat kerana terkena asid. Muncullah Two-Face yang mengerikan.

#6 Tulang belakang Batman dipatahkan oleh Bane 

Salah satu musuh utama Batman iaitu Bane telah melepaskan semua banduan di Arkham Asylum hingga Gotham jadi kucar-kacir. Bane berjaya jumpa Batman dan tanpa membuang masa Bane mematahkan tulang belakang Batman menggunakan lututnya. Batman terpaksa berkerusi roda untuk beberapa bulan lamanya.

Nak tau banyak lagi kisah menarik tentang Batman? Jom tonton filem dan siri TV Batman yang ada sempena Hari Batman Sedunia di Astro mulai 18 September 2021 ni!

6 fakta paling sedih tentang batman yang semua peminat batman kena tau

Kredit: Astro

Raikan Hari Batman bersama Astro! Adiwira kegemaran korang ni ada di skrin TV korang sepanjang hari! Jangan terlepas menonton filem dan siri TV Batman di Warner TV (CH 712) dan Cartoon Network (CH 635). Ni filem-filem dan siri TV yang ada:

Warner TV (CH 712)

Waktu tayangan ialah setiap hari Jumaat, jam 8.10 malam.

  • Batman
  • Batman & Robin
  • Batman Forever
  • Batman Returns
  • Pennyworth S2 Ep 1 – 8
  • Gotham S5 Ep 1 – 8

Cartoon Network (CH 635)

Waktu tayangan ialah setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 7.30 malam.

  • Batman: The Brave and The Bold
  • Lego DC Batman: Family Matters
  • Teen Titans GO
  • LEGO DC: Attack of the Legion of Doom
  • Scooby-Doo & Batman: The Brave and the Bold
  • LEGO DC Batman: Family Matters (TAYANGAN PERDANA)

Tunggu apa lagi? Pastikan korang tak terlepas peluang menonton semua filem Batman dan siri TV cerita Batman ni di Astro CH 712 dan CH 635 tau!

Untuk info lanjut, check out https://content.astro.com.my/.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}