Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

PKP Di Beberapa Negeri & Wilayah Persekutuan Bermula 13 Hingga 26 Januari 2021

Semua laluan keluar dan masuk negeri dan kawasan PKP akan ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM.
Editor
11 Jan 2021, 06:30 PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri, berkuatkuasa jam 12.01 pagi 13 Januari 2021 sehingga 11.59 malam 26 Januari 2021.

pkp di negeri & wilayah persekutuan terpilih bermula 13 hingga 26 januari 2021

Kawasan yang terlibat dengan PKP adalah meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP. Putrajaya, WP. Labuan, Sabah, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.

Sepanjang PKP ini, semua laluan keluar dan masuk negeri dan kawasan PKP akan ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM.

Sementara itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan keatas 6 negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, manakala Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.

Larangan rentas negeri dan daerah juga dilaksanakan di seluruh negara, dan terhad buat kawasan yang dikenakan PKP.

Semua penduduk dalam kawasan PKP juga adalah tidak dibenarkan untuk keluar dari kediaman atau tempat tinggal masing-masing kecuali:

  1. Dua (2) orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, dan keperluan asas dalam radius tidak lebih 10km dari kediamannya.
  2. Makanan dikedai atau restoran hanya dibenarkan 'take away' bagi kawasan PKP.

Berikut pula adalah antara aktiviti dibenarkan dan tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan PKP:

Aktiviti dibenarkan:

  1. Perkhidmatan perlu dan rantaiannya.
  2. Membeli barang atau perkhidmatan perlu.
  3. Mendapatkan rawatan kesihatan & perubatan
  4. Menjalankan urusan rasmi Kerajaan.

Aktiviti tak dibenarkan:

  1. Pergerakan rentas daerah dan negeri dalam kawasan PKP tanpa kebenaran PDRM.
  2. Pergerakan keluar dan masuk kawasan PKP tanpa kebenaran PDRM.

Segala arahan yang dikeluarkan adalah tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}