Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Gambar Kenderaan Parkir Di Lorong Kecemasan Tular, Polis Siasat Sekumpulan Ahli Kelab Kereta - “Lorong Kecemasan Untuk Kes Kecemasan Saja”

Kes ini boleh undang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain tau!
Muhammad Izwan Zainal
24 Jan 2022, 01:30 PM

Tular baru-baru ini apabila sekumpulan individu didakwa ahli sebuah kelab kereta yang sengaja memberhentikan dan meletakkan kereta di lorong kecemasan di Lebuh Raya Temiang-Pantai pada Ahad.

Gambar yang tular di laman media sosial jelas menunjukkan pelbagai jenis jenama kereta diletakkan di lorong kecemasan tersebut dan ia boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

gambar kenderaan parkir di lorong kecemasan tular, polis siasat sekumpulan ahli kelab kereta - “lorong kecemasan untuk kes kecemasan saja”

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya mengesan gambar tular di Facebook dan akan mengambil tindakan terhadap sekumpulan individu tersebut.

“Polis sudah mengenal pasti 48 buah kenderaan yang berhenti di situ dan sebagai permulaan ketua kelab bersama ‘admin’ Facebook kelab berkenaan akan dipanggil memberi keterangan.

gambar kenderaan parkir di lorong kecemasan tular, polis siasat sekumpulan ahli kelab kereta - “lorong kecemasan untuk kes kecemasan saja”

“Tindakan itu merupakan satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lain yang menggunakan laluan ini dan tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana individu di bawah Kaedah 53(1) LN 166/59 Peraturan-peraturan Lalulintas,” katanya.

Tambahnya, beliau menegaskan tiada kenderaan daripada apa-apa kelas atau hal-hal tertentu yang membenarkan pengguna untuk memandu, menunda, menolak, meletak atau meninggalkan kenderaan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

“Selain itu, di bawah Kaedah 53(4) LN 166/59 Peraturan-peraturan Lalulintas, bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, 'lorong kecemasan' ertinya lorong tambahan atau bahu jalan di sebelah kiri jalan raya selorong, dua lorong, tiga lorong atau empat lorong di Jalan Persekutuan yang ditentukan sebagai lorong kecemasan,” ujarnya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}