Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Individu Serlahkan Kreativiti, Hasilkan Potret Daripada Kiub Rubik “Ini Memang Minat Saya Sejak Kecil Lagi”

Individu ini sanggup membelanjakan wang sebanyak RM2000 bagi penghasilan potret kiub rubik ini.
24 Aug 2021, 11:12 AM

Seorang individu, Zabli Ab Hadi menyerlahkan kreativitinya dengan cubaan uniknya menggunakan kiub rubik dalam menghasilkan potret.

Baru-baru ini, dia tular di media sosial setelah menggunakan 391 bongkah kiub rubik disusun pada bingkai khas bagi menghasilkan potret pasangan personaliti Shuib Sepahtu dan isterinya Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

individu serlahkan kreativiti, hasilkan potret daripada kiub rubik “ini memang minat saya sejak kecil lagi”

Zabli juga berkongsi potret berkenaan hanya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk disiapkan.

Berasal dari Pahang, niat asalnya memuat naik video itu ke akaun Tik Tok @abam.takaful miliknya pada Rabu lepas hanya sebahagian daripada tugasnya sebagai pengurus Pusat Internet Kampung Pianggu.

“Ada orang meminta saya mengajar cara-cara memuat naik video ke aplikasi media sosial menyebabkan saya menghasilkan video itu supaya lebih difahami.

individu serlahkan kreativiti, hasilkan potret daripada kiub rubik “ini memang minat saya sejak kecil lagi”

“Untuk content pula, saya fikir tidak salah jika berkongsi minat bermain kiub rubik yang menjadi hobi pada masa lapang sejak usia 14 tahun,” katanya.

Sokongan isterinya Nor Aimi Zaini juga salah satu sebab dia mahu meneruskan minat dan hasratnya menggunakan wang simpanan sebanyak RM2,000 bagi membeli 400 kiub rubik secara dalam talian.

individu serlahkan kreativiti, hasilkan potret daripada kiub rubik “ini memang minat saya sejak kecil lagi”

Setakat ini, potret tersebut tidak bertahan lama kerana kiub rubik akan disimpan semula dalam kotak selepas gambar ‘lukisan’ itu diambil.

Tambahnya, Zabli berbuat sebegitu kerana tiada bekas simpanan yang lengkap untuk diabadikan dalam bentuk kiub rubik itu.

Sumber: Bernama
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}