Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Kanak-Kanak Buat ‘Live’ Lapor Temui Ular Sawa Tarik Perhatian Netizen - “Cakap Perlahan-Lahan, Ambil Nafas Dulu Adik”

Steady lah adik ni!
Muhammad Izwan Zainal
25 Jan 2022, 01:30 PM

Seorang kanak-kanak lelaki tular di media sosial apabila gaya penyampaiannya dalam melaporkan penemuan seekor ular sawa secara langsung melalui akaun Facebooknya meraih tumpuan ramai.

Muhammad Hafiq Mohd Asyraf melakukan siaran langsung di akaun Facebooknya dan Video berdurasi dua minit 47 saat itu memaparkan gelagat dirinya ketika menemui ular berkenaan dalam longkang di pasar awam dekat pekan Bukit Selambau.

kanak-kanak buat ‘live’ lapor temui ular sawa tarik perhatian netizen - “cakap perlahan-lahan, ambil nafas dulu adik”

Malah, warganet melihat gaya dan keletah kanak-kanak ini sangat berbakat dengan bahasanya yang baik dan cara menyampaikannya seperti wartawan.

“Assalamualaikum warga Bukit Selambau, selamat petang. Ini kejadian baru berlaku di market Bukit Selambau, ada kemunculan ular sawa yang paling besar, yang amat-amat besar... muncul di dalam longkang.

“Kami sedang membersihkan longkang di kawasan market dan kami tak tau pasal apa ayaq (air) boleh bertakung yang sangat tinggi... kami ingat ada sampahlah kan, bila kami ingat ada sampah, rupa-rupanya bukan sampah, tapi ular sawa yang sangat-sangat besar...,” katanya ketika siaran langsung tersebut.

Pelbagai reaksi warganet setelah melihat video kanak-kanak berkenaan dan ramai memuji dirinya ketika bertutur dengan sungguh teratur sekali.

Malah, ramai juga yang mengatakan kanak-kanak ini berbakat dalam bidang kewartawanan.

“Awak yang cakap, kami yang penat dik, tarik nafas dulu,” kata seorang warganet.

“Adik ni ada bakatlah jadi wartawan, cara awak cakap memang terbaik tapi perlahan-lahan ya cakap,” komen seorang warganet.

Difahamkan, ular sawa seberat 30 kilogram itu berjaya ditangkap pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Kuala Muda dan dilepaskan ke habitat asal.

Sumber: Astro Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}