Lebanon dikejutkan dengan kejadian letupan akibat ammonium nitrate yang dianggarkan seberat 2.75 tan yang menggegarkan kota Beirut, awal pagi semalam.
Tragedi itu juga mengakibatkan 70 kematian dan lebih 4,000 orang cedera, selain mengakibatkan kemusnahan teruk bangunan di bandar berkenaan.
Selain tragedi di Lebanon ini, berikut adalah lima lagi tragedi letupan akibat bahan yang sama pernah berlaku dibeberapa negara lain diseluruh dunia:
1. Letupan gudang barang di Tianjing, China – 2015
Kejadian itu mengakibatkan 110 anggota kecemasan, 55 penghuni dan pekerja telah terkorban. Selain itu 790 orang awam dilaporkan tercedera, manakala lapan mayat gagal ditemui sehingga ke hari ini.
2. Ryongchon, Korea Utara - 2004
Beberapa kenderaan yang membawa baja nitrogen serta kereta api yang membawa cecair bahan api telah meletup di stesen keretapi Ryongchon pada April 2014. Kejadian ini mengakibatkan 162 orang terkorban dan lebih 3,000 orang cedera.
3. Tragedi Bandar Texas 1947
Berlaku di Teluk Galveston, Texas pada tahun 1947, bermula darpada tindakan seorang individu membuang puntung rokok menyala atas kapal SS Grandcamp yang sedang membawa 2.3 tan ammonium nitrate.
Letupan pertama mengakibatkan beberapa siri letupan susulan di atas kapal lainyang sedang berlabuh, dan merebak ke sebuah loji pemprosesan minyak berhampiran. Tragedi itu mengakibatkan 581 orang terkorban, dan sekitar 3,500 lagi tercedera.
4. Letupan Oppau, Jerman – 1921
Menara silo menyimpan 450 tan ammonium sufate dan baja ammonium nitrate telah meletup, menyebabkan kira-kira 500 orang terkorban dan 2,000 yang lain cedera.
5. Letupan Great Kend – 1916
Kilang menyimpan 25 tan bahan letupan dan 700 tan ammonium nitrate, telah terbakar lalu meletup, menyebabkan 115 pekerja terkorban. Letupan dapat dirasai sehingga 244 kilometer daripada tempat kejadian.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.