Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Tahniah! Malaysia Kini Layak Ke Piala Dunia 2021

Ia susulan kejayaan Malaysia menentang UAE 2-0 secara agregat baru-baru ini
Editor
04 Aug 2020, 10:29 AM

Kejayaan Malaysia menjuarai VPG Piala Asia 2020 dengan menewaskan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 2-0 secara agregat baru-baru ini telah menyaksikan skuad FIFA Pro Clubs negara layak ke VPG Piala Dunia 2021.

tahniah! malaysia kini layak ke piala dunia 2021

Memetik laporan daripada Kosmo!, kejayaan ini membuktikan pemain-pemain negara sudah mampu mencabar kuasa-kuasa besar dunia dalam permainan video FIFA Pro Clubs dengan menjadi juara Virtual Pro Gaming (VPG) Piala Asia 2020.

Pengurus skuad Malaysia, Amirul Ashraf Hassan Nordin yang juga berperanan sebagai pemain dengan nama Ryvox5215 juga percaya Malaysia mampu mara sekurang-kurangnya lapan pasukan terbaik pada Piala Dunia 2021, Januari depan.

“Arab Saudi adalah pasukan yang boleh menjadi juara dunia tetapi kita berjaya kalahkan mereka di peringkat separuh akhir. Kurdistan pula adalah juara Piala Dunia 2020 tetapi mereka tewas kepada UAE.

“Negara-negara yang kita menang pada Piala Asia adalah pasukan-pasukan hebat di dunia untuk permainan FIFA. Ia membuktikan pemain kita sebenarnya sudah mampu mencapai tahap mereka dan berpeluang mencabar pada Piala Dunia nanti.

“Saya percaya negara-negara lain tidak akan memandang rendah Malaysia pada Piala Dunia nanti. Sasaran saya sekurang-kurangnya kami muncul sebagai lapan pasukan terbaik di dunia,” katanya seperti dipetik dari Kosmo!.

Terdahulu, Malaysia mara ke final Piala Asia 2020 selepas berjaya dalam saingan Kumpulan 3 yang dibarisi Oman, Bangladesh dan Myanmar, sebelum berjaya menewaskan Brunei dan Arab Saudi dalam kejohanan yang diadakan secara online itu.

tahniah! malaysia kini layak ke piala dunia 2021

FIFA Pro Clubs adalah permainan video FIFA yang membabitkan 11 individu yang mengawal posisi pilihan masing-masing, sama seperti bola sepak sebenar, cuma bezanya ia diadakan secara atas talian.

Sumber: Kosmo!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}