Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Dah Boleh Solat Jumaat Dan Jemaah Di Masjid Mulai Esok Dengan Syarat

Semua ahli jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing- masing sebelum hadir ke masjid
Editor
11 Jun 2020, 05:02 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan semua masjid, surau Jumaat dan surau yang berada dalam Zon Hijau di WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dibuka mulai esok, 12 Jun 2020.

dah boleh solat jumaat dan jemaah di masjid mulai esok dengan syarat

Bagaimanapun, kapasiti masjid untuk berjemaah hanya dibenarkan sebanyak 1/3 sahaja daripada jumlah kapasiti dewan solat utama.

Sebagai contoh, jika dewan solat mampu memuatkan 3,000 orang jemaah dalam satu-satu masa, maka bilangan yang dibenarkan adalah 1,000 orang sahaja buat masa ini.

Tambahnya lagi, sistem penggiliran atau apa cara yang sesuai pada hemat jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau boleh dilaksanakan bagi memberi peluang kepada anak kariah lain untuk hadir.

Selain itu juga, umat Islam wanita juga kini dibenarkan untuk menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

Hanya kanak-kanak bawah 12 tahun, jemaah yang mempunyai gejala dan menghidap penyakit kronik tidak dibenarkan hadir buat masa ini untuk mengelakkan jangkitan.

Ruang tertentu dalam kawasan masjid kini juga telah dibuka bagi mereka yang ingin singgah solat seperti musafir, pemandu dan rider perkhidmatan e-hailing.

Perkara ini juga telah ditetapkan melalui Garis Panduan Perluasan Kapasiti Solat Jumaat dan Solat Berjemaah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Wilayah Persekutuan, dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, seperti yang berikut:

PERINGATAN UNTUK UMAT ISLAM YANG INGIN SOLAT BERJEMAAH:

• Melaksanakan penjarakan sosial (social distancing) di dalam dan di luar masjid;

• Jarak antara ahli jemaah adalah sejauh 1 meter antara satu sama lain dan jemaah wajib memakai pelitup muka;

• Cara masuk dan keluar masjid mesti dengan beratur serta menjaga penjarakan yang terkawal;

• Semua ahli jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing- masing sebelum hadir ke masjid;

• Jika wuduk terbatal, anda dibolehkan untuk mengambil wuduk di pili air yang ditetapkan sahaja. Penggunaan kolah tidak dibenarkan;

• Jemaah dipastikan terus bersurai dalam keadaan tenang;

• Tidak ada bersalaman dan bersentuhan sepanjang berada di masjid, surau Jumaat dan surau. • Tiada perkumpulan dibenarkan selesai solat Jumaat samada di dalam atau di luar masjid;

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK BERKUASA AGAMA NEGERI:

• Mewujudkan kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah;

• Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat;

• Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa

• Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran atau aplikasi yang disediakan pihak jawatankuasa kariah masjid, Surau Jumaat dan surau;

• Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan;

dah boleh solat jumaat dan jemaah di masjid mulai esok dengan syarat

Sumber: Awani / Astro Radio News

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}