Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Semua Permohonan Berkahwin Di Pulau Pinang Ditangguhkan Mulai 1 April

Penangguhan ini sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
27 Mar 2020, 02:43 AM

Semua urusan berkaitan dengan permohonan kebenaran berkahwin di Pulau Pinang akan ditangguhkan mulai 1 April sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.

semua permohonan berkahwin di pulau pinang ditangguhkan mulai 1 april

Menurut Awani, bagi pengantin yang telah mendapat kebenaran untuk majlis akad nikah sehingga tarikh 31 Mac ini, mereka dibenarkan untuk meneruskan majlis seperti biasa.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Zulkifli Long berkata, terdapat 152 pasangan di negeri itu telahpun mendapat kebenaran untuk meneruskan majlis akad nikah bermula 18 Mac lalu sehingga 31 Mac ini.

"Mereka ini telah membuat permohonan untuk berkahwin sebelum pelaksanaan PKP lagi jadi (mereka) boleh teruskan dengan tatacara yang JHEAIPP tetapkan, namun bermula 1 April ini kami tidak lagi meluluskan sebarang kebenaran untuk majlis akad nikah sehingga PKP tamat," katanya seperti yang dipetik dari Awani.

Langkah ini adalah bagi memastikan penolong pendaftar perkahwinan atau jurunikah tidak terdedah kepada jangkitan wabak COVID-19.

Segala majlis akad nikah boleh dijalankan tanpa majlis kenduri perkahwinan, dan ia hendaklah dilangsungkan di premis persendirian dan bukannya di tempat awam seperti masjid ataupun dewan.

Majlis itu juga hendaklah dihadiri oleh pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, dua orang saksi serta dua orang wakil bagi pihak pengantin perempuan dan lelaki sahaja, dengan khutbah nikah tidak lebih daripada 20 minit. Malah, akad nikah berkenaan juga perlu dijalankan tanpa berjabat tangan antara pengantin lelaki dengan wali ataupun jurunikah.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}