Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Senang Terdedah Pada COVID-19, Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Dikuarantin

Ia membantutkan keupayaan dan kekuatan pasukan itu dalam menjaga keselamatan negara
27 Oct 2020, 12:32 PM

Polis merupakan antara barisan hadapan yang berpotensi tinggi untuk terdedah kepada wabak COVID-19.

senang terdedah pada covid-19, lebih 10,000 pegawai, anggota polis dikuarantin

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sehingga kini lebih 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin, manakala sekurang-kurangnya 200 lagi sedang mendapatkan rawatan selepas disahkan positif wabak berkenaan.

Disebabkan kadar jangkitan yang tinggi dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), ini secara tidak langsung membantutkan keupayaan dan kekuatan pasukan itu dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara.

senang terdedah pada covid-19, lebih 10,000 pegawai, anggota polis dikuarantin

Mengulas lanjut, meskipun telah memakai pelitup muka, tugas polis secara amnya memerlukan komunikasi secara dekat dengan orang ramai. Maka, penjarakan sosial tidak dapat disempurnakan dalam hal ini.

Tambah lagi, ada anggota yang ditugaskan membantu pihak imigresen bagi menghalang pencerobohan masuk pendatang tanpa izin, seperti Op Benteng pada 1 Mei hingga 18 Oktober.

"Menerusi Op Benteng antara 1 Mei hingga 18 Okt, pasukan keselamatan telah menahan 497 pendatang tanpa izin dan 28 tekong yang cuba memasuki dan keluar negara melalui Sarawak," katanya sambil mengakui bahawa sumber dan kekuatan polis telah digunakan pada tahap maksimum.

Setinggi-tinggi penghargaan harus diberikan kepada PDRM kerana semenjak penularan wabak itu, ramai dalam kalangan anggota polis yang telah berjuang tanpa menghiraukan penat lelah.

Sumber: Astro AWANI / BERNAMA

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}