Skip to main content
BERITA| Bomba Saran Tangguh Aktiviti Rekreasi Air Sepanjang Monsun Timur Laut

 

Orang ramai dinasihatkan supaya tangguh sebarang aktiviti rekreasi air di kawasan sungai, jeram, air terjun dan tali air sepanjang tempoh Monsun Timur Laut.

 

Menurut JBPM, ia susulan keadaan cuaca tidak menentu, termasuk hujan lebat dan berterusan di beberapa kawasan yang berpotensi menyebabkan peningkatan paras air secara mendadak.

 

Jelasnya, ia sekali gus boleh mengakibatkan arus deras dan fenomena kepala air yang berisiko mengancam keselamatan serta meragut nyawa.

 

Ia susulan tragedi kepala air di Kuala Kubu Bahru kelmarin yang menyaksikan lima maut manakala tiga masih hilang.

 

ERA Muzik Hit Terkini