Skip to main content
BERITA| Hantavirus: MySejahtera akan ditambah baik dengan 'Disease Tracker'

Aplikasi MySejahtera akan ditambah baik dengan menyediakan penjejak wabak hantavirus menerusi menu Disease Tracker pada papan pemuka aplikasi itu sekiranya diperlukan kelak.

 

Menurut KKM, langkah itu bagi membolehkan pengguna mendapatkan maklumat terkini berkaitan pengesanan penyakit berjangkit berkenaan dengan lebih mudah pada masa nyata. 

 

Jelasnya, buat masa ini terdapat tiga kematian dan beberapa jangkitan namun hanya melibatkan negara-negara Barat serta belum menunjukkan indikasi penularan ke Asia. 

 

Sebagai makluman, senarai wabak sedia ada pada menu Disease Tracker di aplikasi MySejahtera adalah denggi, TB, demam campak, HFMD, COVID-19 dan rabies.

__

 

Perdana Menteri mengarahkan setiap kementerian menyelaras semula inisiatif, usaha dan bantuan. 

 

Ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini supaya ia sampai kepada kumpulan sasar khususnya golongan miskin dan rentan.

 

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, arahan itu dibuat setelah mengambil kira impak krisis bekalan global yang semakin memberi tekanan kepada harga barangan harian.

__

 

Dan, Kementerian Pertahanan terus pantau rapat situasi semasa di kawasan insiden letupan berhampiran Markas Pasukan Interim PBB di Lubnan. 

 

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan dalam kalangan pegawai Angkatan Tentera Malaysia di sana.

ERA Muzik Hit Terkini