
SUKAN| Aaron Chia-Soh Wooi Yik Kekal Digandingkan Hingga Olimpik LA 2028
Herry Iman Pierngadi mahu kekalkan gandingan Aaron Tai-Yap Roy King.
Jelas ketua jurulatih beregu lelaki negara itu kepada Nadi Arena, program pecah ganding itu dilihat berhasil selepas mereka muncul juara Terbuka Artik, baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau sahkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan kekal digandingkan bersama mulai kejohanan Terbuka Denmark hingga Sukan Olimpik LA 2028.
Semalam, Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua badminton Terbuka Denmark selepas singkirkan wakil Jepun.