Skip to main content

Advertisement

SUKAN| ACC: JDT pesta gol belasah PKR Svay Rieng FC 6-0!

 

JDT memulakan kempen Kejuaraan Kelab ASEAN dengan kemenangan bergaya!

 

Ini selepas skuad Harimau Selatan belasah kelab Kemboja, PKR Svay Rieng FC 6-0 di laman sendiri, malam tadi.

 

Arif Aiman buka jaringan pada minit ke-38 untuk mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

 

Bersambung babak kedua, JDT terus menguasai permainan dan menambah tiga gol masing-masing menerusi Marcos Guilherme, Kevin Medina dan Zaheditabar Shahab. 

 

Daniesh Amiruddin kemudian cipta sensasi apabila jaringkan dua gol sekali gus melengkapkan pesta gol skuad Harimau Selatan.

ERA Muzik Hit Terkini