
SUKAN| Brazil Seri 1-1 Dengan Maghribi Pada Festival Bola Sepak 2026
Vinicius Junior muncul penyelamat Brazil pada Festival Bola Sepak 2026 pagi tadi.
Ini selepas penyerang sensasi itu jaringkan gol penyamaan untuk bantu Brazil seri 1 sama dengan Maghribi pada aksi kumpulan C.
Sementara itu, Qatar catat sejarah raih mata pertama sepanjang penampilan mereka di pentas Festival Bola Sepak apabila seri 1 sama dengan Switzerland.
Qatar bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan deras pemain pertahanannya pada waktu kecederaan.
Dan, Scotland buka kempen Festival Bola Sepak dengan kemenangan 1-0 ke atas Haiti.