Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Kai Wun sentiasa sedia demi kepentingan skuad kebangsaan

Pemain beregu lelaki, Tee Kai Wun sentiasa sedia untuk digandingkan dengan mana-mana pemain demi kepentingan skuad kebangsaan dalam memburu kejayaan di pentas antarabangsa. 

 

Kai Wun turut menyifatkan peluang beraksi bersama pemain senior berpengalaman seperti Aaron Chia adalah satu bonus besar untuknya mematangkan lagi corak permainan. 

 
Terdahulu, BAM sahkan Kai Wun digandingkan dengan Aaron, manakala Man Wei Chong bergandingan bersama Soh Wooi Yik. 

 

Ia sebagai sebahagian daripada strategi dalam usaha memperkasakan jentera beregu lelaki negara bagi memburu pingat pada Sukan Olimpik. 

__ 

 

Kementerian Belia dan Sukan menegaskan tidak akan campur tangan urusan dalaman mana-mana persatuan sukan termasuk berkaitan proses audit. 

 

Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata ia kerana perkara itu berada di bawah bidang kuasa organisasi masing-masing.  

__ 

 

Dan, Stadium Darul Makmur bakal berwajah baharu apabila menerima peruntukan RM7 juta daripada KBS bagi menaik taraf kemudahan stadium itu. 

 

Peruntukan itu membabitkan kerja menaik taraf lampu limpah, pendawaian elektrik dan tempat duduk penonton di stadium berusia 53 tahun berkenaan.

ERA Muzik Hit Terkini