Skip to main content

Advertisement

SUKAN| KBS Beri Jaminan Agih Peruntukan Belanjawan 2027 Secara Adil

 

SUKAN| KBS Beri Jaminan Agih Peruntukan Belanjawan 2027 Secara Adil

Kementerian Belia Dan Sukan beri jaminan pengagihan peruntukan pembangunan dalam bidang itu yang diumumkan pada Belanjawan 2027 akan disalurkan secara adil. 

Fokus pengagihan itu akan mengambil kira potensi setiap sukan terutamanya yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa dan persiapan Olimpik Los Angeles 2028. 

Tambah Menteri Belia Dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, pihaknya juga akan pastikan pengagihan kepada persatuan-persatuan sukan sesuai dengan apa yang diharapkan. 

Menerusi Belanjawan 2027 Jumaat lalu, kerajaan umum peruntukan 460 juta ringgit bagi pembangunan sukan negara merangkumi usaha memperkasa program berprestasi tinggi dan inisiatif Road to Gold.

ERA Muzik Hit Terkini