
SUKAN| KBS Harap Belanjawan 2027 Beri Berita Gembira Kepada Warga Sukan
Belanjawan 2027 diharap beri berita gembira kepada seluruh warga sukan negara termasuk atlet, jurulatih dan pembangunan sistem sukan secara keseluruhan.
Menteri Belia Dan Sukan Dr Mohamed Taufiq Johari turut berharap peruntukan yang bakal diumumkan dapat terus memperkukuh pembangunan sukan negara.
Tambah beliau, kebajikan atlet juga perlu diberi perhatian bukan sahaja ketika masih aktif tetapi juga selepas persaraan.
Belanjawan 2027 akan dibentangkan di Parlimen, esok.
Dalam perkembangan lain, Menteri Belia dan Sukan optimis Malaysia mampu capai sasaran 6 pingat emas malah boleh melepasi sasaran itu pada Sukan Para Asia yang akan bermula 18 Oktober ini.
Jelas beliau, ia berbekalkan semangat positif daripada pencapaian atlet negara pada Sukan Asia baru-baru ini yang berjaya bawa pulan 9 pingat emas.