SUKAN| Kitchee SC terlalu kuat - Aidil
Pengendali Kuching City akui kekuatan Kitchee SC yang menyukarkan mereka catat kemenangan ke atas kelab Hong Kong itu pada aksi kumpulan H ACL 2, malam tadi.
Bagaimanapun, Aidil Sharin Sahak gesa anak buahnya perbaiki segala kelemahan dan pamer aksi lebih tajam pada perlawanan seterusnya.
Aksi berkesudahan, Kuching City seri 1-1 dengan Kitchee SC di laman sendiri sekali gus duduki tangga ke-3 kumpulan dengan satu mata selepas dua perlawanan.