SUKAN| Kylian Mbappe wira Perancis mara ke suku akhir Festival Bola Sepak 2026
Perancis mara ke suku akhir Festival Bola Sepak 2026!
Ini selepas pasukan itu tewaskan Paraguay pada pusingan 16 terbaik, pagi tadi.
Kylian Mbappe muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti untuk bantu kemaraan pasukan.
Perancis seterusnya akan berdepan Maghribi yang terlebih dahulu mengesahkan slot.
Terdahulu, Maghribi benam tuan rumah bersama, Kanada untuk mara ke suku akhir buat dua edisi berturut-turut.