
SUKAN| PM Ucap Tahniah Kepada Harimau Malaya
Perdana Menteri ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang tamatkan kempen Piala ASEAN 2026 anjuran badan bola sepak dunia di tempat ketiga.
Ini selepas skuad negara tewaskan Vietnam 1-0 pada aksi penentuan tempat ketiga sekaligus tamatkan penantian 12 tahun untuk kalahkan skuad Naga Emas itu.
Fergus Tierney muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan Malaysia pada babak kedua perlawanan.
Lebih manis, Malaysia menutup kempen itu dengan rekod tanpa kalah dan tanpa bolos.
Tuan tumah, Indonesia pula muncul juara Piala ASEAN 2026 selepas tewaskan Thailand 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final.