SUKAN| Ramos wira Portugal, Ronaldo lakar sejarah!
Portugal tewaskan Croatia 2-1 pada pusingan kalah mati Fesival Bola Sepak 2026.
Croatia terlebih dahulu mendahului gol pada minit ke-53, sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan jaringan menerusi sepakan penalti.
Aksi penuh mendebarkan itu kemudian menyaksikan Goncalo Ramos jaringkan gol kemenangan selepas perlawanan diheret ke masa tambahan.
Kemenangan itu membawa Portugal ke pusingan 16 terbaik bertemu Sepanyol yang terlebih dahulu mengesahkan slot.