Jaguh skuasy wanita negara, S Sivasangari tempah tiket ke suku akhir Terbuka Mesir!
Ini selepas Sivasangari mudah tundukkan pemain nombor 12 dunia dari Belgium pada pusingan ketiga dengan straight set.
Kemenangan itu bukan sahaja bawa Sivasangari ke kelompok lapan terbaik, malah teruskan rekod cemerlangnya apabila catat kemenangan keempat berturut-turut ke atas pemain Belgium itu.
Sivasangari seterusnya bakal berdepan wakil tuan rumah bagi merebut slot ke separuh akhir.