Skip to main content
BERITA| Ralat Sistem: Had Bulanan BUDI95 Kekal 200 Liter – MOF

Kuota Budi MADANI RON95 kekal 200 liter sebulan.

Ini susulan paparan had bulanan BUDI95 sebanyak 150 liter yang dilihat pengguna semasa penyelenggaraan sistem malam tadi berpunca daripada ralat teknikal. 

Kementerian Kewangan menjelaskan ralat terbabit sudah dibetulkan dan menegaskan tiada perubahan dibuat terhadap had sebenar program tersebut.

.....

Lebih 9 juta pencarum PERKESO secara automatik dilindungi daripada kesan kemalangan bukan bencana kerja menerusi skim LINDUNG 24 Jam berkuat kuasa hari ini.

Menteri Sumber Manusia berkata skim itu memberi perlindungan menyeluruh termasuk ketika cuti umum dan hari kelepasan am tanpa memerlukan pendaftaran baharu.

.....

Kerajaan bercadang mewajibkan semua pengiklan di media sosial mengesahkan identiti sebelum dibenarkan menyiarkan iklan berbayar di bawah Kod Pengurangan Risiko.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata langkah itu dapat membantu mengekang penipuan, perjudian dalam talian dan penyalahgunaan identiti individu terkenal.

.....

Perdana Menteri merafak sembah dan memberi ucapan tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini.

.....

Dan seramai 300 individu termasuk 12 pemimpin kumpulan yang dikaitkan dengan ajaran sesat ditahan dalam satu program di dewan sebuah sekolah menengah di Likas, Sabah.

ERA Muzik Hit Terkini