Skip to main content

Advertisement

BERITA| Arsenal teruskan misi lengkapkan kebangkitan di Eropah!

Arsenal kini berada di ambang untuk melengkapkan kebangkitan semula di pentas bola sepak Eropah menjelang aksi final Liga Juara-Juara berdepan PSG, Ahad ini.

 

Bekas tonggak Arsenal, Paul Merson tegaskan skuad The Gunners perlu fokus buru gol pertama bagi beri tentangan sengit kepada juara bertahan berkenaan.

 

Untuk rekod, Arsenal pamer prestasi cemerlang dengan sembilan aksi tanpa dibolos paling tinggi dalam liga juara-juara kali ini, selain hanya melepaskan enam gol dalam 14 perlawanan tanpa kalah.

__

 

Aksi sukar bakal ditempuh skuad bola sepak bawah 19 tahun negara!

 

Situasi itu diakui pengendali Nafuzi Zain menjelang saingan Kelayakan Piala Asia Bawah 20 tahun di Laos, Ogos depan.

 

Tegasnya, skuad negara fokus melakukan persiapan terbaik apabila diundi bersama juara bertahan Australia, Indonesia dan Laos dalam Kumpulan H.

 

Hanya juara kumpulan dan tujuh pasukan kedua terbaik setiap kumpulan serta tuan rumah, China akan beraksi pada pusingan akhir, Mac tahun depan.

 

Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad negara pada pentas Piala Asia Bawah 20 tahun adalah naib juara dalam tiga edisi iaitu 1959, 1960 dan 1968.

__

 

Dan, kempen Goh Sze Fei-Nur Izzuddin pada saingan badminton Terbuka Singapura terhenti.

 

Ini selepas beregu lelaki negara itu tewas kepada gandingan Indonesia pada suku akhir.

ERA Muzik Hit Terkini