Skip to main content

Advertisement

SUKAN| 2 Wakil Negara Di Separuh Akhir Terbuka Jepun

Goh Sze Fei – Nur Izzuddin mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun.

Ini selepas beregu lelaki nombor enam dunia itu menewaskan gandingan dari Amerika Syarikat dalam pertarungan 3 set semalam.

Turut mara ialah beregu campuran negara, Jimmy Wong – Cheng Su Yin yang mengejutkan pasangan nombor 3 dunia dari Denmark.

.....

Akhyar Rashid menjadi pemain terbaharu yang akan beraksi bersama Negeri Sembilan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2026/2027.

Pihak Negeri Sembilan berharap bekas pemain Terengganu itu dapat menambah bisa jentera serangan pasukan sepanjang kempen Liga Malaysia nanti.

Kehadiran Akhyar melengkapkan senarai terkini barisan pemain NSFC membabitkan penjaga gol iaitu Aqil Razak, Syahmi Adib, Azri Ghani dan Fareez Safwan.

.....

Akhir sekali, Thomas Tuchel gesa England menamatkan kempen Pesta Bola Sepak 2026 dengan kemenangan ke atas Perancis dalam penentuan tempat ketiga awal pagi esok.

Pengendali berusia 52 tahun itu berkata anak buahnya perlu bangkit daripada kekecewaan selepas tewas 1-2 kepada juara bertahan Argentina pada separuh akhir baru-baru ini.

Dalam pada itu, Reece James dijangka terlepas aksi akibat kecederaan otot manakala Jordan Henderson masih belum pulih daripada kecederaan pergelangan tangan.

ERA Muzik Hit Terkini