Arsenal fokus untuk melengkapkan musim paling berjaya dalam sejarah kelab berkenaan menjelang aksi final Liga Juara-Juara berdepan PSG, awal pagi esok.
Tonggak The Gunners, Eberechi Eze berkata pasukannya kini berada pada tahap terbaik susulan kejayaan muncul juara EPL selepas lebih 20 tahun.
Untuk rekod, Arsenal catat 9 aksi tanpa dibolos paling tinggi dalam Liga Juara-Juara kali ini, selain hanya melepaskan 6 gol pada 14 perlawanan tanpa kalah.
Saksikan PSG lawan Arsenal secara langsung bermula 12 pagi nanti di Astro, saluran 820 dan aplikasi Sooka!
__
Selangor beri sokongan dan kepercayaan penuh kepada Kim Pan Gon untuk terus mengemudi pasukan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif pasukan berkata ia susulan keupayaan pengendali kelahiran Korea Selatan itu mewujudkan asas pasukan yang kukuh sepanjang membimbing skuad Gergasi Merah.
__
Dan, kempen Malaysia pada saingan badminton Terbuka Singapura berakhir.
Ini selepas tiga wakil termasuk beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kandas pada suku akhir.
Manakala, beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menamatkan perlawanan lebih awal susulan Ee Wei alami kecederaan ketika berdepan pasangan India sekali gus terpaksa tarik diri.