Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Dilema Kecederaan Neymar

Neymar dijangka terlepas beberapa aksi penting akibat kecederaan betis.

Doktor mengesahkan bintang Brazil itu perlu berehat antara dua hingga tiga minggu selepas imbasan kesihatan mendapati berlaku koyakan separa pada otot betisnya.

Kecederaan itu menyaksikan Neymar berisiko terlepas aksi pertama Brazil menentang Maghribi dalam saingan Kumpulan C Festival Bola Sepak 2026.

.....

London bakal menjadi tuan rumah anugerah Ballon d'Or buat kali pertama pada Oktober ini sempena ulang tahun ke-70 anugerah berprestij itu.

UEFA berkata pemilihan London dibuat sebagai penghormatan kepada legenda England, Stanley Matthews yang menjadi pemenang pertama Ballon d'Or pada 1956.

Anugerah yang diperkenalkan majalah France Football itu dianggap antara penghormatan individu paling berprestij dalam dunia bola sepak.

.....

Dan 4 wakil negara akan meneruskan cabaran Malaysia pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura hari ini.

Mereka ialah 3 beregu lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin dan Kang Kai Xing – Aaron Tai serta beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei.

ERA Muzik Hit Terkini