
SUKAN| Lamine Yamal Sempat Cergas Sebelum Final Festival Bola Sepak 2026
Sepanyol sahkan Lamine Yamal dan Pedro Porro sempat cergas sepenuhnya menjelang final Festival Bola Sepak 2026 berdepan Argentina, awal pagi Isnin ini.
Kedua-dua pemain itu jalani latihan berasingan daripada rakan sepasukan sebagai langkah berjaga-jaga bagi menguruskan beban fizikal mereka menjelang perlawanan penting itu.
Yamal dan Porro sebelum ini alami sedikit kecederaan ketika aksi separuh akhir menentang Perancis.
Sementara itu, kualiti udara tidak sihat direkodkan di New York menjelang aksi final tersebut.
Menurut pihak berkuasa kota itu, keadaan tersebut disebabkan oleh asap kebakaran hutan di Kanada dan suhu tinggi di rantau berkenaan.