Leka dan momentum terjejas menjadi faktor kekalahan 1-2 Selangor kepada Buriram United pada aksi final kedua Kejuaraan Kelab ASEAN, malam tadi.
Bagaimanapun, kapten Faisal Halim tetap bangga dengan perjuangan dipamerkan skuad The Red Giants selain menyifatkan ia sebagai pengalaman berharga.
Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Kim Pan Gon tewas dengan agregat 1-3 selepas juara bertahan itu turut merakam kemenangan 1-0 pada aksi pertama.
__
Pengendali Kuching City, Aidil Sharin Sahak sah menandatangani kontrak selama tiga tahun sehingga 2029.
Sebagai rekod, Aidil membimbing pasukan itu menamatkan saingan sebagai naib juara Liga Super selain cipta sejarah mara ke final Piala Malaysia buat kali pertama.
Kuching City juga bakal beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Asia 2 dan Kejuaraan Kelab ASEAN, musim depan.
__
Dan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tempah tiket ke suku akhir saingan badminton Terbuka Singapura!
Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan itu tundukkan pasangan Korea Selatan dengan straight set.
Turut mara, beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan beregu muda Kang Khai Xing-Aaron Tai yang terlebih dahulu mengesahkan slot selepas tewaskan lawan masing-masing.