
SUKAN| Malaysia Sasar 6 Pingat Emas Pada Sukan Para Asia
Kontinjen Malaysia sasar 6 pingat emas pada Sukan Para Asia Aichi Nagoya 2026 yang akan berlangsung mulai 18 hingga 24 Oktober ini.
Ketua Kontinjen Malaysia, Tan Chee Keong berkata antara sukan yang jadi sandaran pingat emas ialah olahraga para dan badminton.
Beliau turut jangkakan keberkesanan beberapa sukan lain di pentas antarabangsa dan hadirnya beberapa atlet baru mampu lakar kejutan di Jepun nanti.
Sementara itu, Majlis Paralimpik Malaysia berharap kerajaan menyediakan peruntukan 15 juta ringgit menerusi Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan di Parlimen, Jumaat ini.
Ia bagi memperkukuh pembangunan sukan para negara termasuk usaha mencungkil bakat baru dan memperkasa persatuan sukan para kebangsaan.