Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Penilaian Bawa Semula F1 Ke Malaysia Dijangka Muktamad Bulan Depan

 

SUKAN| Penilaian Bawa Semula F1 Ke Malaysia Dijangka Muktamad Bulan Depan

Penilaian kebolehlaksanaan membawa semula perlumbaan F1 ke Malaysia dijangka dimuktamadkan bulan depan sebelum laporannya dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari penilaian itu merangkumi kos penganjuran, unjuran pulangan ekonomi dan keberkesanan pelaburan.. 

Tambah beliau, penelitian menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan penganjuran sukan permotoran berprestij itu tidak jejaskan peruntukan pembangunan sukan dan atlet negara. 

Kerajaan turut meneliti kemungkinan menganjurkan F1 secara berkala termasuk sekali dalam tempoh beberapa tahun menerusi kerjasama dengan negara lain.

 

ERA Muzik Hit Terkini