
SUKAN| Selangor Naik Ke Tangga Kedua Liga Super
Selangor berjaya manfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas menang 3-1 ke atas Penang pada aksi Liga Super, malam tadi.
Chrigor Moraes jaringkan 2 gol pada perlawanan itu untuk bantu Selangor rampas kedudukan kedua liga daripada Kuching City.
Skuad bimbingan Kim Pan Gon kini berkongsi 15 mata dengan pendahulu, JDT namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan.
Aksi lain berkesudahan, Melaka tundukkan KL City 3-2 manakala Sabah seri 1-1 dengan Negeri Sembilan.